Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pasangan Kekasih Mengaku Curi...

Kuala Pilah : Sepasang kekasih mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari...

Siasatan Ke Atas Doktor...

PUTRAJAYA - Siasatan ke atas seorang doktor yang bergambar sambil menunjukkan isyarat 'peace'...

Hampir Buta Gara-Gara Dibaling...

DEK kerana individu tidak bertanggungjawab, seorang bapa hampir hilang penglihatan mata kirinya selepas...

Lagi Hubungan Sulit Lin...

SELEPAS kisah hubungan sulitnya dengan pelakon dan model Zhao Yaqi terbongkar, kali ini...

Biak Nyamuk Aedes, 2 Syarikat Pembinaan Didenda

KUALA LUMPUR – Dua syarikat pembinaan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membiak nyamuk eedes di kawasan pembinaan, tahun lepas.

Majistret Wong Chai Sia menjatuhkan hukuman itu selepas Syarikat Sin Seong Hin Sdn Bhd dan Syarikat Kimlun Sdn Bhd, kedua-duanya selaku orang kena saman (OKS) yang diwakili wakil syarikat masing-masing membuat pengakuan bersalah.

Mahkamah turut memerintahkan waran levi dikeluarkan terhadap kedua-dua syarikat itu jika gagal membayar denda.

Syarikat Sin Seong Hin Sdn Bhd didakwa melakukan atau menjalankan apa-apa tindakan yang boleh atau mungkin menimbulkan sesuatu keadaan yang boleh membiak serangga pembawa penyakit di lopak-lopak air, dalam kawasan lingkungan premisnya di Lot 1982, Jalan 1/141, Petaling, di sini antara 10.10 dan 10.30 pagi, 18 April 2017.

Syarikat Kimlun Sdn Bhd pula dituduh atas pertuduhan sama membiak serangga pembawa penyakit yang ditemui di lopak air, dalam baldi dan tangki di premisnya di Lot 50639, Jalan Yaacob Latiff, Bandar Tun Razak, di sini antara 10.50 dan 11.17 pagi, 17 Mei 2017.

Kedua-dua pertuduhan dikemuka mengikut Seksyen 13(1) dibaca bersama Seksyen 13(2) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 23(a) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara hingga dua tahun jika sabit kesalahan.


Kes dikendali Pegawai Pendakwa Pejabat Kesihatan Cheras Rofidah Abd Molok.

Mengikut fakta kes, pegawai kesihatan telah pergi ke kedua-dua premis syarikat tersebut untuk membuat pemeriksaan tempat pembiakan serangga pembawa penyakit dan menjumpai pembiakan larva nyamuk.

Pegawai tersebut telah mengambil contoh larva nyamuk itu dan hasil analisa mendapati ia adalah larva nyamuk aedes, yang juga serangga pembawa penyakit. – BERNAMA

Kategori