Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jangan Terpengaruh Dengan Propaganda...

SIBU - Rakyat Sarawak diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan retorik dan propaganda...

14 Kes Kematian, 212...

PUSAT Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melaporkan empat kes kematian koronavirus...

Jalaluddin Umum Pertahan Jawatan...

SEREMBAN : Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias hari ini menawarkan diri...

Diana Danielle Mahu Bergelar...

AKTRES Diana Danielle bakal bergelar seorang pelumba kereta tidak lama lagi walaupun dia...

Bersatu Walau Ada Pihak Burukkan Ekonomi Negara

SUNGAI PETANI – Rakyat diminta terus bersatu dan utuh demi Malaysia walaupun wujud pihak yang cuba memburukkan dan menjejaskan ekonomi negara demi kepentingan sendiri.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata pihak tidak bertanggungjawab ini selain cuba memecah-belahkan hubungan sesama rakyat, turut membuat pelbagai tuduhan dan penipuan seperti melabel negara sebagai bankrap.

“Kalau bankrap tak adalah negara lain akan datang melawat kita, tak ada institusi mengiktiraf Malaysia sebagai negara nombor satu untuk pelaburan,” katanya ketika berucap pada majlis ‘Ekspresi Negaraku’ peringkat negeri di sini hari ini.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Zainal Rahim Seman dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din.

Ali berkata keyakinan pelabur terhadap negara semakin meningkat berikutan keyakinan ditunjukkan negara-negara luar dan pemimpinnya terhadap Malaysia serta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Misalnya negara seperti China, di mana pelaburan diunjurkan sebanyak RM144 bilion, Arab Saudi dengan lawatan Raja Salman (bin Abdulaziz al-Saud) baru-baru ini dan kita lihat satu projek saja iaitu Petronas dan Aramco (Saudi Arabian Oil Company) telah menghasilkan pelaburan sebanyak RM32 bilion,” katanya.

Ali berkata negara anggota ASEAN juga mempunyai hubungan kerajaan dengan kerajaan dan ekonomi yang terbaik dengan Malaysia, malah India baru-baru ini juga diunjurkan akan membawa pelaburan yang tinggi kepada Malaysia.

“Insya-Allah dalam masa terdekat beberapa pemimpin negara akan mengunjungi Malaysia untuk menjalin hubungan rapat selain beberapa pemimpin dari negara di Timur Tengah,” katanya.

Beliau berkata kerajaan amat prihatin dengan kebajikan rakyat dan memastikan segala pembangunan yang tercapai akan dinikmati melalui penekanan kepada ekonomi rakyat.

“Pertumbuhan prestasi ekonomi negara kita adalah memberangsangkan walaupun dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu sekarang. Pada 2016 kita capai tahap 4.2 peratus kadar pertumbuhan ekonomi.


“Pada tahun ini Bank Negara unjurkan ekonomi kita akan berkembang di antara 4.3 dan 4.8 peratus,” katanya.

Ali turut meminta setiap rakyat Malaysia menyumbang kepada negara melalui kerja yang dapat meningkatkan produktiviti negara, seperti perniagaan yang menambah baik ekonomi.

“Anda tidak perlu berkhidmat sebagai penjawat awam untuk menzahirkan rasa cinta kepada negara, sumbanglah kepada Negaraku melalui aktiviti positif yang membawa kebaikan kepada diri anda dan mereka di sekeliling anda,” katanya.

Mengenai program Ekspresi Negaraku, beliau berkata Kedah merupakan lokasi kedua program itu dilangsungkan selepas ia dilancarkan pada 18 Mac lalu di Putrajaya oleh perdana menteri.

“Kita berhasrat menjelajah setiap negeri di Malaysia agar sebanyak mungkin rakyat dapat bersama meraikan semangat cintakan ‘Negaraku’,” katanya.

Ekspresi Negaraku merupakan usaha dan platform untuk rakyat Malaysia bersatu hati serta menyemai rasa bangga dan semangat patriotisme cintakan negara.

Ali turut melawat sekitar tapak acara di samping berinteraksi dengan ikon dan selebriti tempatan, antaranya Pak Mazin (Pewaris Sulung Pembuatan Keris Tradisional) dan Sujana Rejab (Pereka Tangan Cetakan 3D).

Kira-kira 10,000 orang hadir memeriahkan acara yang berlangsung sehingga 10.30 malam ini. – BERNAMA

Kategori