Bermula 1 Mei, Harga RON95 Dijangka Naik 20 Sen, RON97 Kekal

Setiap kali tiba penghujung bulan, seluruh rakyat Malaysia menantikan pengumuman tentang harga terbaru bagi bahan bakar kenderaan.

Ini berikutan tindakan kerajaan untuk mengaplikasikan sistem apungan terkawal yang mana ia akan dikemaskini setiap bulan berdasarkan harga minyak di pasaran dunia.

[BULAN LALU: Harga Runcit RON95, RON97 Dan Diesel Kekal]

Setelah harga minyak berjaya turun sejak awal tahun lalu manakala harga pada Mac dan April kekal sama, bulan depan ia dikhabarkan akan naik sebanyak 20 sen.

Memetik laporan portal FMT yang menghubungi pengawai dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), harga tersebut dikatakan bakal berkuatkuasa pada RON95.

Ini bermaksud, harga terbaru untuk minyak tersebut akan menginjak dari RM 1.95 sen seliter kepada RM 2.15 sen seliter.

Namun, bagi RON97, ia dikatakan akan terus kekal pada harga RM 2.25 sen manakala harga Diesel masih belum dimaklumkan.

Keputusan harga ini bagaimanapun belum muktamad dan sah, justeru jangan ada yang panik pula.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Berita RTM – Kesan Penurunan Harga Minyak Global

Loading...