Berkahwin Kali Kedua Sebab Isteri Hilang Ingatan

Tennessee – Sepasang suami isteri terpaksa berkahwin untuk kali kedua selepas si isteri hilang ingatan akibat kemalangan jalan raya hingga terlupa yang dia telah berkahwin tahun lepas.

Justice dan Jeremy Stamper, mengikat tali perkahwinan pada 1 Ogos tahun lalu dalam satu majlis perkahwinan.
Namun pada 20 Ogos, selepas 19 hari berkahwin, Justice hampir terkorban dalam kemalangan apabila sebuah kenderaan merempuh keretanya.

Selepas sebulan, barulah Justice sedar dari koma.

“Saya tidak mahu awak marah tetapi saya tidak ingat mengenai perkahwinan kita,’’ katanya kepada suaminya selepas sedar dari koma.

Malah Justice juga langsung tidak ingat apa-apa perkara yang berlaku lima minggu sebelum perkahwinan tersebut.

Jeremy yang sangat sedih dengan keadaan itu kemudiannya memberitahu bahawa dia akan mengulangi semula majlis perkahwinan mereka demi isterinya itu.

Dia kemudiannya membuat kutipan bagi membantu kos perbelanjaan berkenaan dan menganjurkan perkahwinan berkenaan pada ulang tahun pertama perkahwinan mereka.

Pasangan itu berjaya mengumpul sebanyak $10,000 dolar dan mereka kemudiannya berkahwin kali kedua. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=0hqlv48oGvU

Leave a Reply