Pejabat PM Nafi Najib Bakal Bertemu Mahasiswa Esok

Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama mahasiswa yang diuar-uarkan oleh Gabungan Mahasiswa Islam se-Malaysia, dilaporkan palsu.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) sebentar tadi bagi menafikan satu poster yang dimuat naik di laman rasmi badan bukan kerajaan (NGO) tersebut tentang acara itu.

“Pejabat Perdana Menteri ingin menafikan adanya program ‘Mahasiswa Bertemu PM’ pada 12 Jun esok di Seri Perdana, sebagaimana dimuat naik di Facebook G.A.M.I.S (Official) dan gamismalaysia.com,” tulis wakil PMO di laman Facebook PMO Malaysia.

Selain itu, penafian sama dibuat di akaun @PMOMalaysia.

Hari ini, GAMIS telah memuat naik satu poster tentang pertemuan Najib bersama-sama mahasiswa, lantas menjemput golongan tersebut untuk hadir bagi memeriahkan majlis yang dikatakan akan diadakan di hadapan kediaman PM.

Tulisnya, “Kami Gabungan Mahasiswa Islam se-Malaysia dengan ini menjemput seluruh Mahasiswa di Malaysia untuk bersama-sama dengan kami untuk bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia.

Pelbagai isu akan di bincangkan bersama.”

11392912_599779650163074_7458278732095192268_n
Sumber dari laman Facebook G.A.M.I.S

 

Antara topik yang kononnya bakal dibicarakan ketika pertemuan esok adalah tentang 1MDB, Tabung Haji dan perlarian Rohingya.

Sehingga kini, GAMIS masih lagi belum memberikan sebaran respon tentang penafian yang dibuat Pejabat Perdana Menteri.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

Ucapan Najib Tun Razak Di Sarawak