Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Elena Hani Sedia Tinggalkan...

ISTERI kepada aktor Fahrin Ahmad, Elena Hani Eleas mendedahkan dia sudah bersedia untuk meninggalkan...

Pelajar Pedofil Malaysia: Biodata...

PELAJAR genius matematik Malaysia, Nur Fitri Azmeer Nordin,23, sememangnya mempunyai butir-butir peribadi yang...

Pelantikan CEO & Pengerusi...

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Wardah Communication Sdn. Bhd, Saidi Yaacob...

Mahu Pegawai Felda Beri...

BERA - Anggota Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengalu-alukan kehadiran pegawai...

Berita Gembira Menanti Warga Felda Ahad Ini

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan membawa berita gembira buat warga FELDA semasa perasmian sambutan Hari Peneroka FELDA 2017 di sini, Ahad ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim.

Beliau berkata pengumuman tersebut antara lain akan menyentuh mengenai langkah-langkah kerajaan untuk mengurangkan beban kewangan golongan peneroka FELDA.

“Saya percaya perdana menteri akan mengumumkan beberapa kaedah untuk menangani masalah beban yang dihadapi peneroka ,” katanya dalam satu temu bual eksklusif dengan Bernama News Channel (BNC) sempena sambutan ’Ekspresi Negaraku FELDA Malaysia’ di Putrajaya, bermula Jumaat hingga Ahad ini.

Beliau menegaskan kerajaan tidak akan berhenti membantu warga FELDA sebagai menghargai sumbangan mereka dalam memajukan industri komoditi utama negara.

“Perkara ini ini dibuat sepanjang masa demi kebaikan peneroka. Dia (Najib) kata ini hak peneroka, ini bukan benda baru, ayat-ayat ini sebenarnya digunakan (oleh pembangkang) bagi sakit hati, mengkritik apa sahaja usaha yang dibuat oleh kerajaan,” katanya.

Razali berharap pembangkang dapat mengubah persepsi negatif terhadap inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu golongan peneroka.


Secara keseluruhan, beliau berkata FELDA telah membayar sejumlah RM3.8 bilion yang melibatkan pelbagai bayaran seperti pemberian insentif dan bonus tahunan kepada peneroka sejak 2003.

Mengenai sambutan tersebut, katanya, ia adalah terbesar kerana menggabungkan pelbagai agensi dan kementerian dan lebih 50,000 pengunjung serta warga FELDA dari seluruh negara dijangka memeriahkan sambutan kali ini.

Pelbagai pengisian dan aktiviti diadakan sepanjang sambutan tiga hari itu termasuk karnival jual murah barang keperluan, jualan makanan, pameran, program Transformasi Nasional 2050 (TN50) serta persembahan artis-artis terkemuka kelahiran FELDA. – BERNAMA

Kategori