Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Restoran Cef Dari Ipoh...

CEF kelahiran Malaysia sememangnya sedang menyinar dalam industri kulinari antarabangsa. Baru-baru ini, restoran Pertinence...

DAP Nyalakan Api Anti...

SEJAK 5 Jun selepas Penamaan Calon PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, DAP...

Romania Larang Sarkas Guna...

BUCHAREST - Parlimen Romania meluluskan rang undang-undang melarang semua sarkas di negara itu...

Selangor Catat Peningkatan Pencapaian...

SHAH ALAM: Selangor mencatatkan jumlah calon yang lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)...

Berhati-Hati Barangan Kemas Ditawar Murah, Mungkin Hasil Curi

KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu mengingatkan orang ramai agar jangan mudah terpedaya dengan tawaran harga barangan kemas yang murah kerana mungkin ia hasil curi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata orang ramai juga perlu peka dan melaporkan kepada pihak polis jika mengesyaki dan didatangi individu yang menawarkan harga barang kemas lebih murah berbanding harga pasaran.

Beliau memberikan peringatan itu bagi mengelak orang ramai membeli barangan kemas bernilai RM200,000 yang dilarikan dari sebuah kedai emas di Bukit Payong di Marang, Sabtu lalu.

Peniaga dan peraih emas juga diingatkan agar tidak mengambil kesempatan dengan membeli barangan kemas yang dicuri itu, katanya kepada Bernama hari ini.


Semalam polis berjaya menahan seorang lelaki berperwatakan lembut kira-kira 36 jam selepas melarikan sedulang barang kemas dari kedai emas tersebut dan dalam serbuan kira-kira 11 malam itu pihak polis berjaya menemukan kembali sebahagian barang kemas.

Wan Abd Aziz berkata polis sedang giat mengesan baki barangan kemas itu yang dipercayai telah dilarikan rakan suspek. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori