Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sajian Desa Menggamit Rasa...

Bagi menyambut bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur menawarkan...

Perak Tak Kecoh Pun...

BEZA... Ketika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali 'heboh' buat gimik publisiti...

Bersama Perangi Pemangsa Seksual...

PETALING JAYA - Penggubal undang-undang dan kumpulan selebriti tampil memberi sokongan padu kepada...

Pusaka Unik Warisan Suku...

JAKARTA – Tidak ramai tahu Islam telah lama masuk ke bumi Papua lebih 500...

Beraksi Tanpa Tekanan Menentang Son Wan Ho – Misbun

JAKARTA – Pemain muda negara, Lee Zii Jia tidak perlu gentar berdepan pemain ranking kelima dunia, Son Wan Ho dari Korea Selatan pada aksi pusingan ketiga perseorangan lelaki Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 di Istora Senayan, esok.

Sebaliknya, Ketua jurulatih perseorangan badminton negara, Datuk Misbun Sidek menasihatkan pemain berusia 20 tahun itu untuk beraksi tanpa tekanan walaupun membuat penampilan sulung pada temasya sukan berkenaan.

Terdahulu, pemain ranking ke-53 dunia itu menempah slot ke pusingan ketiga selepas menewaskan pemain Pakistan, Sarwar Azeem 21-13 dan 21-10 manakala Son mengatasi pemain Nepal, Ratnajit Tamang 21-8 dan 21-11 pada pusingan kedua.

“Kalau saya lihat, kelebihan lebih banyak kepada Son Wan Ho kerana dia pemain berpengalaman dan sudah lama dalam skuad Korea Selatan.

“Nasihat saya kepada Zii Jia, masuk ke dalam gelanggang dan beri saingan sengit walaupun kita tahu Son Wan Ho adalah seorang pemain yang bagus,” kata Misbun ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beberapa wakil negara tersingkir setelah kalah kepada lawan masing-masing.

Pemain perseorangan negara, Liew Daren memberikan saingan sengit kepada Heo Kwang Hee dari Korea Selatan sebelum kecundang 8-21, 22-20 dan 14-21.


Beregu wanita tunggal negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean turut mengalami nasib yang sama selepas kalah 17-21, 21-16 dan 19-21 kepada wakil India, Ashwini Ponnappa-Reddy N. Sikki.

Cabaran Malaysia dalam acara beregu campuran turut berakhir setelah dua wakil negara tewas kepada lawan masing-masing.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying kecundang 17-21, 21-19 dan 26-28 kepada pasangan Hong Kong, Reginald Lee Chun Hei-Chau Hoi Wah.

Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai turut menampilkan aksi bertenaga sebelum tewas 21-14, 11-21 dan 20-22 kepada satu lagi pasangan Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet yang merupakan pilihan keempat. – BERNAMA

Kategori