Ben Affleck Dipilih Favorite Humanitarian PCA

ATAS keprihatinan membantu insan memerlukan, Ben Affleck dipilih memenangi anugerah khas Favorite Humanitarian pada majlis People’s Choice Awards yang berlangsung di Nokia Theatre, Los Angeles, semalam.

Antara aktiviti kemanusiaan dilakukan aktor berusia 43 tahun itu adalah membantu kehidupan masyarakat di Republik Congo, di mana sebanyak lima juta penduduk sana diancam kematian akibat penyakit berbahaya dan keganasan yang berlaku.

https://www.youtube.com/watch?v=UfhqSG_fJjg

Tidak setakat memberikan sumbangan wang dalam amaun besar, Affleck sendiri turut datang melawat penduduk di sana bagi menyelami permasalahan dihadapi mereka.

Suami Jennifer Garner ini juga, merupakan penaung sebuah pertubuhan sosial, Eastern Initiative Congo (ECI) yang memberi peluang pendidikan serta ruang perniagaan untuk penduduk Congo.

Ketika berucap sebaik menerima anugerah tersebut daripada rakan artis, Amy Adams, Affleck menyifatkan dia tidak layak menerima trofi tersebut kerana penghargaan itu sangat besar dan tidak ternilai dalam kerjayanya sebagai anak seni. – MYNEWSHUB.CC

Video Ben Affleck Pertahan Agama Islam Daripada Dihina

Loading...