Tuesday, April 16, 2024

Creating liberating content

Victoria Beckham Sedia Hamil...

SELEBRITI terkenal, Victoria Beckham dikhabarkan sudah bersedia dan merancang untuk hamil anak kelimanya...

Dikecam Selfie, Janna Tak...

NAMA pelakon Janna Nick tak pernah sunyi daripada dilanda kontroversi lebih-lebih lagi sejak...

APM Melaka Gerak 190...

MELAKA - Seramai 190 anggota pelbagai agensi di bawah Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri...

Anak Dara Amy Search...

RAMAI mungkin lebih mengenali aktres Nabila Huda sebagai anak rocker, Amy Search tetapi...

Belum Sah Rakyat Malaysia Turut Ditahan – KPN

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum dapat mengesahkan sama ada rakyat Malaysia turut ditahan pihak berkuasa India dalam kes cubaan menyeludup jongkong emas bernilai 17 crore rupee (RM9.94 juta) ke negara itu semalam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya masih belum mendapat maklumat berhubung penahanan berkenaan.

“Interpol belum memaklumkan kami,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam seramai 45 penumpang pesawat AirAsia adalah antara 56 suspek yang ditahan pihak berkuasa India di Lapangan Terbang Antarabangsa Visakhapatnam, Andhra Pradesh selepas mereka dikesan cuba menyeludup 62 kilogram jongkong emas, menurut akhbar Times of India.


Jongkong emas berkenaan ditemui tersembunyi bersama barangan elektronik penumpang daripada penerbangan dua pesawat syarikat berkenaan yang berlepas dari Kuala Lumpur.

Beberapa lagi jongkong emas turut ditemui dalam penerbangan Silk Air dari Singapura. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=SSYXqHAxfc0

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori