Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

34.5 Peratus Kanak-Kanak Lengkap...

Kuala Lumpur : Sebanyak 1,223,569 atau 34.5 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11...

Produk Kesihatan Bernilai RM1.2...

KOTA BHARU - Cawangan Penguatkuasa Farmasi Negeri Kelantan merampas 1,297 produk kesihatan bernilai...

SPRM Serbu Menara DBKL,...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerbu Dewan Bandaraya...

Kutipan Sisa Makanan Dari...

KUALA LUMPUR - Kutipan sisa makanan dari pintu ke pintu akan dijalankan bagi...

Belia Perlu Dipupuk Kesedaran Keselamatan Di Jalan Raya

KUANTAN – Golongan belia perlu dipupuk dengan kesedaran keselamatan di jalan raya agar mereka tidak berterusan menjadi penyumbang terbesar kepada statistik kemalangan maut di negeri ini.

Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Fatimah Ghazali berkata, pada tahun lepas sahaja sebanyak 81 belia terlibat dalam kemalangan maut di negeri ini manakala sejak awal tahun sehingga Ogos lepas, sebanyak 75 kematian direkodkan.

“Kebanyakan belia yang terlibat dalam kemalangan jalan raya terdiri daripada mereka yang tidak memiliki lesen memandu, motosikal tiada cukai jalan dan menunggang dalam keadaan berbahaya.

“Paling menyedihkan golongan belia berbangsa Melayu mencatatkan kadar kematian paling tinggi,” katanya ketika berucap pada Program ‘Moh Kita Menunggang Motosikal’ bersama belia di sini Rabu.

Program tersebut disertai 300 belia dari gugusan Felda di sekitar Kuantan dan diadakan dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Pahang, Majlis Perbandaran Kuantan, Felda Wilayah Kuantan, syarikat Petronas dan Shell Wilayah Timur.

Beliau berkata belia kini menghadapi cabaran sangat hebat dan terdedah dengan budaya hedonisme iaitu berhibur keterlaluan selain kegiatan penagihan dadah, jenagah ragut, aktiviti merempit dan lumba haram.


“Namun, dalam masa sama persepsi negatif segelintir masyarakat terhadap belia perlu diperbetulkan kerana mereka seringkali dianggap menjadi beban kepada negara selepas dikaitkan dengan masalah sosial.

Dalam pada itu beliau turut menyeru para ibu bapa supaya sentiasa bersikap prihatin tentang soal keselamatan anak-anak dan tidak membenarkan mereka menunggang motosikal tanpa lesen. – BERNAMA

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori