Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

2 Pengarah Syarikat Gagal...

SHAH ALAM - Dua pengarah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari...

Polis Tahan Wanita Buang...

JAKARTA - Polis Indonesia semalam menahan seorang wanita yang disyaki ibu kepada seorang...

Cha In-ha Meninggal Dunia

SEOUL - Pelakon Korea Selatan, Cha In-ha ditemui mati di rumahnya semalam, yang...

Jenazah Nik Abdul Aziz...

JENAZAH Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selamat dikebumikan di...

Belia Perlu Diberi Pendedahan Proses Kerajaan

MELAKA – Lebih banyak belia perlu diberi pendedahan tentang proses membuat keputusan di dalam kerajaan bagi memupuk sifat kepimpinan di dalam diri mereka, kata Presiden Perhimpunan Belia Sedunia (WAY), Datuk Seri Idris Haron.

Justeru, beliau yang juga Ketua Menteri Melaka berkata kerajaan seluruh dunia perlu memberikan peranan dalam kerajaan kepada golongan belia bagi memudahkan peralihan kepada kepimpinan baharu.

“Belia perlu menampilkan diri mereka bukan sahaja sebagai pemimpin di masa depan bahkan sebagai pemimpin pada hari ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau terdahulu menghadiri perhimpunan khas meraikan kejayaan beliau mengekalkan jawatan Presiden WAY bagi penggal 2014-2018, di Dewan Seri Negeri di sini.

Pada Rabu lepas Idris diumum menang tanpa bertanding jawatan itu pada Persidangan Agung Tahunan WAY disertai 120 negara di Tirana, Albania. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori