Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

BERSATU Selangor Sahkan ADUN...

SHAH ALAM - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Selangor, Datuk Abdul Rashid...

Pemuda Mati Lemas Selepas...

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditemukan lemas selepas mandi bersama rakannya di Tasik Biru...

Bagasi Hitam, Merah Ditarik...

KUALA LUMPUR - Beberapa pegawai tadbir dan diplomatik Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri...

Kenaikan Harga Minyak Cetus...

KEMUDAHAN minyak Saudi Aramco di Arab Saudi diserang dua dron pada 14 September...

Bekas Presiden Singapura S R Nathan Meninggal Dunia

SINGAPURA – Bekas Presiden Singapura S R Nathan, 92, meninggal dunia di Hospital Besar Singapura pada pukul 9.48 malam semalam, demikian menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) Singapura.

“Perdana Menteri serta anggota Kabinet lain sedih mendapat berita kematian Encik S R Nathan dan mengucapkan takziah kepada keluarganya,” tambah kenyataan PMO itu.

Kenyataan itu berkata urusan pengebumian dan bagi orang ramai memberi penghormatan terakhir akan diumumkan kemudian.

Pada 31 Julai, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan bahawa Nathan diserang angin ahmar dan berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi di Hospital Besar Singapura.

Nathan yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia pada 1988, merupakan presiden yang paling lama berkhidmat di Singapura dan menyandang jawatan itu selama dua penggal dari 1999 hingga 2011.

Beliau secara rasmi berundur sebagai Presiden keenam pada 31 Ogos, 2011 dan diganti oleh Presiden sekarang Tony Tan Keng Yam.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Presiden Tony Tan memberikan penghormatan dan menyampaikan takziah kepada keluarga Nathan menerusi laman Facebook.

“Amat terharu dengan kepergian Encik SR Nathan hari ini. Beliau meninggal dengan tenang di Hospital Besar Singapura, dengan kehadiran keluarga dan orang-orang yang disayangi, tiga minggu selepas diserang angin ahmar,” kata Lee di Facebooknya.

“Kehidupan Encik Nathan menjadi inspirasi buat kita semua. “Encik Nathan merupakan Presiden kita yang paling lama berkhidmat. Presiden yang mesra dan mudah didampingi dan disayangi oleh rakyat Singapura.

“Beliau mempesona pelawat dengan pengetahuannya mengenai hal ehwal dunia, dan berkhidmat dengan penuh wibawa dan cemerlang,” kata Lee yang mengenali Nathan selama 40 tahun, sejak beliau menjadi seorang pegawai muda dalam Angkatan Tentera Singapura.

“Saya mengingati beliau sebagai seorang yang berpegang kepada prinsip, mempunyai rasa tanggungjawab yang mendalam kepada negara. Beliau mengundur diri setiap kali terpanggil untuk menunaikan tanggungjawab.

“Mendiang benar-benar anak jati Singapura. Saya mengucapkan takziah kepada Puan Nathan dan keluarga. Doa dan harapan kami sentiasa bersama anda di saat-saat yang sedih ini,” kata beliau.


Presiden Singapura itu berkata, beliau dan isterinya amat berdukacita dengan kepergian Nathan.

“Saya berkesempatan bekerjasama dengan Encik Nathan dari 1996 hingga 1999 apabila saya menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan.

“Beliau membantu menubuhkan Institut Pertahanan dan Kajian Strategik, yang sekarang dikenali sebagai S Rajaratnam School of International Studies. Sekolah itu ialah antara kumpulan pemikir yang menduduki ranking tertinggi di rantau ini,” Tan menulis.

Tan berkata Nathan juga memainkan peranan aktif dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat India apabila beliau menjadi Pengerusi Lembaga Endowmen Hindu dan anggota pengasas Persatuan Kemajuan India Singapura (SINDA).

“Sebagai Presiden Singapura, Encik Nathan memperjuangkan khidmat sosial dengan melancarkan Cabaran Presiden pada 2000. Cabaran Presiden mendapat sokongan besar daripada komuniti dan mengumpul lebih $100 juta untuk lebih 500 pewaris semasa Encik Nathan menyandang jawatan selama dua penggal.

“Doa dan harapan kami adalah bersama Puan Nathan dan keluarga Encik Nathan ketika saat-saat berkabung ini,” beliau menulis.

Upacara pengebumian negara bagi mendiang Nathan akan bermula dari 4.00 petang 26 Ogos, di University Cultural Centre (NUS), menurut pengumuman PMO. PMO berkata upacara itu akan diikuti dengan kremasi di Krematoriam Mandai.

Jasad mendiang akan diletakkan di Bangunan Parlimen dari 10.00 pagi 25 Ogos hingga 12.00 tengah hari 26 Ogos.

Orang ramai boleh memberi penghormatan terakhir di Bangunan Parlimen dari 10.00 pagi hingga 8.00 malam 25 Ogos.

Pada 26 Ogos, anggota perwakilan diplomat dan pegawai-pegawai lain boleh memberi penghormatan terakhir dari 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori