Tuesday, March 19, 2024

Creating liberating content

Umur Lebih 20 Tahun...

ALOR SETAR – Individu berumur seawal 20 tahun dan ke atas kini perlu...

Hope Solo Dakwa Jadi...

BINTANG bola sepak Amerika Syarikat (AS) Hope Solo mendakwa bekas Presiden FIFA Sepp...

10 Rumah Peneroka RKT...

GUA MUSANG - Sebanyak 10 rumah peneroka di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Lembaga...

Isu ‘Payung’ Lurah, Fasha...

LANTARAN penularan gambar 'panas' dikaitkan dengan dirinya baru-baru ini, nama pelakon, Fasha Sandha...

Bekas Polis Didakwa Sebabkan Kematian Anak Tiri

KUALA LUMPUR – Seorang bekas koperal polis didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian anak perempuan tirinya, dua tahun lepas.

Muhammad Khairuanuar Baharuddin, 35, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu selepas dibacakan di hadapan Hakim Azian Othman.

Tertuduh didakwa menyebabkan kematian Hanis Amanda Mohd Zafil, yang berusia dua tahun, dengan mengetahui bahawa perbuatan dan tindakannya mungkin menyebabkan kematian kanak-kanak itu di sebuah kondominium di Seksyen 5, Wangsa Maju di sini pada 3 petang, 6 Nov 2015.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Lelaki itu turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pilihan iaitu sebagai orang yang mempunyai penjagaan seorang kanak-kanak perempuan (mangsa sama), dia telah menganiaya kanak-kanak itu dan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal mengikut Seksyen 31(1)(a) dan 31(2)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Bagi Seksyen 31(1)(a), tertuduh boleh didenda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya manakala Seksyen 31(2)(a) membawa hukuman bon dengan penjamin untuk berkelakuan baik selama apa-apa tempoh yang difikirkan oleh mahkamah, jika sabit kesalahan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tempat, waktu dan tarikh yang sama.


Mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam dan menetapkan 31 Mac ini untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya K.Vasugi.

Kes menyayat hati itu dilaporkan media pada November 2015 yang membawa kepada pembukaan akaun Facebook atas nama “Keadilan Untuk Amanda”.

Kisah itu kembali tular dan mendapat perhatian netizen pada Khamis lepas setelah satu status menuntut keadilan kanak-kanak itu dimuat naik di akaun tersebut. – BERNAMA

Kategori