Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Yoshii Agro Global Mahu...

MELAKA - Syarikat pengeluar hasil pertanian Yoshii Agro Global Sdn Bhd bercadang memperluas...

DAP Tuduh Kerajaan Sembunyi...

Parti DAP terus membuat tuduhan kepada Kerajaan Persekutuan dengan yang terbaru menuduh kerajaan...

Malaysia Layak Ke Suku...

KUALA LUMPUR - Biarpun skuad badminton negara telah mara ke suku akhir Kejohanan...

PPR Lembah Subang 1:...

TANJONG KARANG - Tindakan kerajaan Selangor menuntut bayaran RM50.2 juta ketika rundingan pengambilalihan...

Bekas Pengurus Besar Kanan MAHB Hadapi 4 Tuduhan

SHAH ALAM – Seorang bekas pengurus besar kanan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan memperdayakan MAHB berhubung penggunaan kad kredit rasmi syarikat untuk tujuan peribadi, tahun lalu.

Md. Shamsuri Md Isa, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Bagi pertuduhan pertama hingga ketiga, tertuduh didakwa memperdayakan MAHB dengan mengemukakan pengesahan penggunaan kad kredit rasmi syarikat yang palsu masing-masing berjumlah RM2,000; RM7,780; dan RM5,800, sedangkan penggunaan kad kredit itu adalah pembayaran untuk tujuan peribadi iaitu rawatan kecantikan di sebuah klinik.

Bagi pertuduhan keempat, Md. Shamsuri didakwa memperdayakan MAHB dengan menyerahkan borang tuntutan peribadi berjumlah RM3,000 daripada klinik sama yang mempunyai butiran tidak lengkap mengenai jenis rawatan kecantikan yang sebenarnya tidak ditanggung oleh MAHB.

Tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan di Pejabat Korporat MAHB di Sepang dekat sini, antara 1 Mac dan 26 September tahun lepas.

Md. Shamsuri didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum menurut Seksyen 24 (2) Akta sama.


Kesalahan di bawah seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau butir matan yang palsu atau silap jika ia dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Hakim Rozilah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM25,000 bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 5 Jun depan untuk sebutan semula kes.

Beliau turut memerintahkan lelaki itu menyerahkan pasportnya kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya daripada SPRM S. Thangavelu manakala tertuduh diwakili peguam Cheow Wee dan Mohamed Nizam Mohamed Fazil. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MAHB

Kategori