Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Gagal Kemuka Penyata GST,...

IPOH - Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau...

Cameron Highlands Diramal Hujan,...

KUALA LUMPUR - Hujan dan ribut petir diramalkan di beberapa kawasan di sekitar...

36,000 Terlibat Judi Haram...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 36,114 individu terlibat dengan perjudian haram termasuk pemain, penjaga...

Tiada Sekatan Ke Atas...

KUALA LUMPUR – Pembelian hartanah oleh warga asing, tanpa mengira kewarganegaraan tidak menjamin...

Bekas Pengurus Besar Anak Syarikat TNB Dipenjara

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pengurus besar anak syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini, dihukum penjara enam tahun dan denda RM5.4 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas didapati bersalah atas lapan pertuduhan menerima rasuah melebihi RM1 juta termasuk sebuah kereta mewah, BWM, empat tahun lalu.

Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu terhadap Dr Shahanom Uthman, 53, yang merupakan bekas Pengurus Besar (Bahagian Projek dan Servis) Malaysia Transfomer Manufacturing Sdn. Bhd. (MTM) dan dia akan dipenjara 26 tahun sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Azura turut membenarkan permohonan tertuduh untuk menggantung perlaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan, bagaimanapun denda keseluruhan perlu dibayar selewat-lewatnya pada 22 Jan tahun depan.

Hakim itu berkata mahkamah tidak mempercayai keterangan pembelaan tertuduh kerana keterangannya tidak konsisten dan hanya penafian semata-mata.

Bagi setiap pertuduhan tersebut, Shahanom dihukum penjara antara dua dan enam tahun serta didenda antara RM75,000 dan RM1.65 juta, dan kesemua hukuman itu diperintahkan berjalan serentak dan jika gagal membayar denda, dia akan dipenjarakan 26 tahun.

Mahkamah turut memerintahkan agar barangan peribadi seperti kereta mewah, cincin, beg tangan dan jam tangan jenama Tag Heuer dilucutkan hak dan diserahkan kepada kerajaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menerima wang tunai RM940,000 dan sebuah kereta BMW bernilai RM140,000 daripada Pengarah Syarikat Bina Mekar Sdn. Bhd., Ahsan Sabri Pang Abdullah dan pekerja syarikat tersebut, Te Boon Chun sebagai upah agar memberi diskaun kepada timbangan berat tembaga yang belum diproses.


Shahanom dituduh melakukan kesalahan tersebut di lima lokasi tempat letak kereta iaitu di bangunan Starhill Gallery, KL Festival City, Restoran Stadium Negara, Restoran ZK Al-Azmi Garden dan di pejabat Bina Mekar antara 11.30 pagi dan 9 malam, antara 5 Disember 2013 dan 18 Disember 2014.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norzilati Izhani, manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali dan Fahmi Abd Moin.

Fahmi memberitahu media bahawa pihaknya akan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi di sini, terhadap keputusan itu. – BERNAMA

Kategori