Thursday, April 25, 2024

Creating liberating content

Filipina Siasat Ahli Politik...

MANILA – Pihak ber­kuasa Filipina semalam menyiasat pembunuhan nekad seorang timbalan datuk bandar...

KDN Lancar Talian Khas...

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) melancarkan talian khas Antipemerdagangan Orang bagi Majlis...

Berakhirnya Derita Si Puntung…

LAHAD DATU – Satu daripada tiga badak sumbu Sumatera yang terakhir di Malaysia...

Tiru Aksi Kartun, Budak...

GARA-GARA terpengaruh dengan aksi kartun yang digemari, seorang kanak-kanak lelaki nyaris maut selepas...

Bekas Pengerusi, SU J/kuasa Masjid Direman 4 Hari

MELAKA – Bekas pengerusi dan bekas setiausaha jawatankuasa sebuah masjid di sini direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah dalam proses penjualan tanah wakaf masjid berkenaan.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka, Mohd Anuar Ostadi membenarkan kedua-dua suspek direman selepas mendengar permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kedua-dua lelaki berkenaan yang berpakaian kemeja-T hitam dan seorang lagi kemeja merah dibawa ke Kompleks Mahkamah Melaka di Ayer Keroh di sini kira-kira 10.40 pagi ini untuk permohonan reman itu.

Akhbar hari ini melaporkan suspek berusia 61 dan 46 tahun itu dipercayai menerima wang sogokan bernilai RM116,000 bagi melancarkan proses jual beli tanah wakaf milik masjid itu di Kampung Bukit Cina, di sini.

Mereka ditahan kira-kira 7 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Negeri Melaka di sini.


Dua individu terbabit disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 405 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua suspek dipercayai telah menerima wang rasuah daripada seorang lelaki bukan Islam dalam proses jual tanah wakaf itu pada 2012. – BERNAMA

Kategori