Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Adidas Memperlihatkan Konsep 3D...

PERCETAKKAN 3D telah memudahkan proses menghasilkan beberapa perkara, termasuk turut dikaji dalam arena perubatan...

ESSCom Minta Penduduk Pulau...

KUDAT - Penduduk Pulau Banggi di sini diingatkan supaya melaporkan kehadiran pendatang asing...

Najib Digantung 3 Bulan...

KUALA LUMPUR – Terdapat kemungkinan besar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun...

MCA Terus Komited Tingkat...

JOHOR BAHRU - MCA terus komited dalam usaha membantu meningkatkan keperluan pendidikan khususnya...

Rompak Bersenjata: Bekas Pekerja Snuker Dipenjara

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pekerja pusat snuker dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan rompak bersenjata di sebuah kedai serbaneka.

Hakim Zaman Mohd Nor menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Shahrizal Azmi, 20, dan memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 17 April lepas.

Tiga lagi rakannya, Muhammad Hafiz Ibrahim, 19, Muhammad Rapi Munir, 20, dan Muhammad Syahidan Shamsudin, 20, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama dan mahkamah menetapkan 11 Jan 2017 untuk perbicaraan kes mereka.

Berdasarkan pertuduhan, keempat-empat tertuduh didakwa bersama-sama merompak wang tunai RM466 dan 17 kotak rokok pelbagai jenama bernilai RM784.50 menggunakan parang, milik kedai serbaneka KK Mart, Jalan Sentul di sini, pada 2.35 pagi, 29 Mac lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga disebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Amira Sariaty Zainal memohon hukuman setimpal dengan alasan kes-kes sebegitu kerap berlaku terutama di Lembah Klang.


Bagaimanapun, peguam Zulkifli Awang yang mewakili Muhammad Shahrizal, 20, merayu supaya mahkamah mengenakan hukuman ringan dengan alasan anak guamnya sudah insaf.

“Tertuduh sudah direman tujuh bulan, dia sudah menyesal atas perbuatannya. Dia juga berjanji tidak akan mengulangi kesalahan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori