Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Temui Mayat Warga Myanmar...

KUANTAN – Mayat seorang warga Myanmar yang dilapor tergelincir ke dalam kolam takungan...

“Baling Batu Kepada Saya...

KUALA LUMPUR - Insiden kekecohan yang berlaku di Stadium Ipoh selepas tamat aksi...

186 Saman DiKeluarkan Dalam...

SEREMBAN - Sebanyak 186 saman dikeluarkan kepada penunggang motosikal dan pemandu kenderaan yang...

Pembekal Daun Ketum Di...

PARIT - Polis menahan seorang pembekal daun ketum di sekitar Gombak, Selangor serta...

Bekas Pegawai Khas Speaker Didakwa Cabul

BUKIT MERTAJAM – Seorang bekas pembantu khas kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencabul seorang wanita bulan lalu.

Tertuduh, Khor Khan Khai, 40, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Dianne Ningrat Nor Azahar.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan seorang wanita berusia 31 tahun di tingkat 3 sebuah pejabat di Jalan Sungai Rambai di sini kira-kira pukul 11.15 malam pada 24 Ogos lalu.

Dia yang kini tidak bekerja didakwa melakukan kesalahan tersebut mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Afiqah Zakaria, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya memerintahkan Khan Khai diikat jamin sebanyak RM6,000 beserta seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula kes pada 2 Oktober ini. – UTUSAN ONLINE

Kategori