Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Yadim Kini Jadi Institusi...

MANA janji-janji pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang kononnya tiada lagi lantikan politik dalam...

Hasrat PFA Tarik Diri...

KANGAR - Hasrat Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) menarik diri dari Liga Malaysia...

Industri Insurans Kuat Kuasa...

KUALA LUMPUR - Penggiat industri insurans dijangka melancarkan Sistem Risikan Penipuan (FIS) menjelang...

18 Pendaki Terkandas Di...

GURUN - Seramai 18 pendaki yang terkandas di Gunung Jerai dekat sini semalam...

Bekas Palapes UTM Tubuh Koperasi Wira Niaga Berhad

KUALA LUMPUR – Bekas Pegawai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tahun 2005 menubuhkan Koperasi Wira Niaga Berhad (KOWIRA) pada Oktober lalu.

Setiausaha Penaja Kowira, Hairul Fadzli berkata, penubuhan koperasi itu mendapat kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Oktober lalu dan mesyuarat agung permulaannya diadakan semalam.

“Kowira merupakan inisiatif bekas-pegawai Palapes UTM Pentauliahan 2005 untuk membantu meningkatkan ekonomi dan menjaga kebajikan anggotanya selain merapatkan ukhwah.

“Mesyuarat Agung Permulaan yang telah diadakan semalam di Wisma Transit Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kuala Lumpur dihadiri lebih daripada 50 bakal ahli,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Hairul berkata, Kowira ditubuhkan dengan tujuan membantu meningkatkan ekonomi dan menjaga kebajikan ahlinya selain merapatkan ukhwah.


“Ahli-ahli Kowira terdiri daripada pelbagai latar belakang professional dan berpengalaman luas termasuik dalam bidang kejuruteraan dan teknologi maklumat,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori