Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

1 Juta Pengikut, Bujibu...

SIAPA sangka seekor kucing berbaka British Short Hair dan berasal dari Rusia itu, kini...

Nurul Izzah Perlu ‘Move...

SAYA membaca bantahan ahli Parlimen Permatang Pauh, YB Nurul Izzah Anwar terhadap pelantikan...

Manchester United Sah Bekerjasama...

LONDON - Kelab gergasi bola sepak Inggeris, Manchester United menandatangai memorandum persefahaman dan...

Sultan Pahang Bertemu Raja...

KUALA LUMPUR - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah hari ini berkenan mengadakan pertemuan...

Bekas KPD Di Perak Bebas Dengan Jaminan SPRM

IPOH – Mahkamah Majistret di sini, hari ini membebaskan bekas ketua polis daerah di Perak yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa, dengan jaminan agensi itu.

Turut dibebaskan ialah isteri pegawai polis tersebut dan seorang ahli perniagaan wanita selepas tempoh reman sembilan hari mereka sejak 8 Dis lepas berakhir hari ini.

Majistret Nurul Asyifa Redzuan membenarkan pegawai polis berpangkat ACP itu dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM20,000 manakala isterinya dan ahli perniagaan terbabit masing-masing RM15,000 serta RM5,000.

Pegawai polis berumur 59 tahun itu, isterinya yang berusia 54 tahun dan ahli perniagaan berusia 34 tersebut ditahan pada 7 Dis di pejabat SPRM Perak ketika hadir memberi keterangan.

Susulan tangkapan itu, pasukan penyiasat SPRM melakukan penggeledahan di rumah pegawai polis itu di sini dan menemukan wang tunai hampir RM1 juta serta barangan kemas di dalam kotak kasut dan peti besi.

Menurut kenyataan SPRM pada 8 Dis lepas, ahli perniagaan itu disyaki mempunyai kepentingan dengan pegawai polis itu ketika berkhidmat sebagai ketua polis daerah.


Wanita itu juga dipercayai memberikan sejumlah wang untuk majlis perkahwinan anak pegawai berkenaan pada Februari lepas.

“Ahli perniagaan itu memasukkan wang sebanyak RM70,000 ke dalam akaun isteri pegawai polis tersebut dengan dua transaksi iaitu RM20,000 dan RM50,000,” kata kenyataan itu. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPRM

Kategori