Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Seorang Terbunuh, 2 Parah...

SRI AMAN : Seorang terbunuh manakala dua parah selepas motosikal berkuasa tinggi bertembung...

Chelsea Akan Menang Gelaran...

LONDON - Jose Mourinho meramal Chelsea akan memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris, musim...

Pesta ‘Ikan Temenung’ Di...

ALOR SETAR - Pasar nelayan Kampung Seberang Kota di Kuala Kedah hari ini...

KWSP Tak Akan Buat...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak akan menggadaikan masa depan...

Bekas CEO FIC Hadir Beri Keterangan Kepada SPRM

PUTRAJAYA – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Felda Investment Corporation (FIC) Mohd Zaid Abdul Jalil hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes pembelian hotel di Kuching, Sarawak.

Beliau tiba di ibu pejabat SPRM di sini pada  9.30 pagi dan dipercayai memberikan keterangan kepada SPRM setelah dipanggil suruhanjaya itu untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Pemerhatian warga media yang menunggu di depan ibu pejabat SPRM itu mendapati  Mohd Zaid masih berada di dalam bangunan setakat 7 malam ini.

Sehingga kini,  tiga individu termasuk dua pengarah syarikat telah direman membabitkan kes itu pada minggu lalu.


Kertas siasatan berhubung pembelian hotel di Kuching dibuka susulan maklumat yang diterima oleh pasukan penyiasat SPRM ketika menjalankan siasatan terhadap pembelian hotel di Kensington, London oleh FIC sebelum ini. – BERNAMA

Kategori