Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Suami Isteri Didakwa Tawarkan...

KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan isterinya didakwa di dua...

Sudan Mahu Promosi Destinasi...

KUALA LUMPUR - Keindahan pantai putih bersih yang belum tercemar di pesisir Laut...

Puluhan Seluar Dalam Wanita...

KOTA KINABALU – Beberapa gambar menunjukkan puluhan seluar dalam wanita pelbagai corak dengan...

Anes Baswedan Menang Pilihan...

JAKARTA - Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Gabenor Jakarta menunjukkan kemenangan berpihak...

Bekas CEO Anak Syarikat TH Pecah Amanah RM2.5 Juta

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif TH Heavy Engineering Bhd. (THHE) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima tuduhan melakukan pecah amanah melibatkan lebih RM2.5 juta.

Datuk Nor Badli Munawir Mohamad Alias Latfi, 52, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Madihah Harullah.

Dia dituduh melakukan kesalahan komersial itu di pejabat THHE Fabricators Sdn. Bhd., Tingkat 23, Tower B, Menara UOA, Bangsar, Nombor 5, Jalan Bangsar Utama 1, di sini, antara Jun hingga Oktober 2013.

THHE merupakan sebuah anak syarikat di bawah Tabung Haji yang terbabit dalam industri minyak dan gas sejak 2002 serta disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia pada 2005 lalu dengan modal dibenarkan RM800 juta.

Pendakwaan kes dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, yang jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun, sejumlah sebatan dan bayaran denda.


Hakim turut membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM400,000 dengan hanya seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu pasport milik Nor Badli Munawir perlu diserahkan kepada pihak mahkamah.

Mahkamah itu kemudian menetapkan 15 Mac ini untuk tarikh sebutan semula kes tersebut. Tertuduh ditahan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada November tahun lalu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori