Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sayu… Suami Isteri Maut...

PASIR MAS - Sepasang suami isteri maut selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas...

Peringatan DAP Kepada Kakitangan...

KUALA LUMPUR - DAP mengingatkan seluruh penjawat awam Malaysia bahawa penjawat awam di...

TMJ Tanpa Majlis Perasmian...

Semalam Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tanpa berlengah terus ke...

Mangsa Hilang Ditemui Rentung...

JOHOR BAHRU - Mangsa terakhir kebakaran Diesel Hydro Treater unit di  Kompleks Bersepadu...

Bekalan Dadah Di Pantai Timur Datang Dari Luar

BESUT – Dadah yang diedar dan digunakan oleh penagih di negeri-negeri Pantai Timur terutamanya di Terengganu dan Kelantan didapati diseludup dari luar dan tidak diproses dalam negeri.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Asisten Komisioner Kanan Datuk Hashim Abdul Jalil berkata, ini kerana melalui pemantauan dan siasatan polis mendapati tidak wujud makmal memperoses dadah sama ada di Terengganu mahupun Kelantan setakat ini.

Katanya, kebanyakan dadah yang dirampas didapati diseludup dari luar termasuk dari negara jiran yang digunakan oleh para penagih di negeri ini.

“Namun begitu masalah dadah khususnya di Terengganu masih terkawal yang kebanyakan daripada pelanggannya terdiri daripada penagih tegar yang telah lama menagih dan berumur,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Perancangan Bagi Mengurangkan Kadar Jenayah Indeks dan Pencegahan Jenayah Rentas Sempadan Terengganu/Kelantan antara ketua-ketua polis beberapa jajahan di Kelantan dan Terengganu di IPD Polis Kampung Raja di sini hari ini. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=D5jVUGT1cOY

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori