Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Beberapa Saksi Akan Dipanggil...

KUALA LUMPUR - Beberapa saksi akan dipanggil untuk siasatan dalaman insiden tren kargo...

‘Suruh PKR Boleh Pergi...

KUCHING - Anggota Parlimen DAP Tanjong dari Pulau Pinang, Ng Wei Aik membelasah...

Jose Ugaz Terima Maklumat...

KUALA LUMPUR - Presiden Transparency International (TI), Jose Ugaz menerima maklumat yang tidak...

Pakatan Harapan Mesyuarat Esok...

PASIR PUTEH - Pakatan Harapan akan bermesyuarat esok bagi menentukan parti mana dalam...

Bekalan Ayam Sempena Aidilfitri Dijamin Mencukupi

KOTA BHARU – Persatuan Pemborong Ayam Kelantan memberi jaminan bekalan ayam di negeri ini adalah mencukupi dengan harga berpatutan sempena Aidiladha minggu depan.

Pegawai Bekalan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan, Mohamad Asmadi Shafii berkata jaminan tersebut diberikan dalam satu mesyuarat antara persatuan itu dan pihaknya di sini, semalam.

“Jaminan itu ekoran daripada masalah bekalan ayam sepertimana yang diviralkan pada sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu dan kami (KPDNKK) tidak mahu perkara seumpama itu timbul sekali lagi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohamad Asmadi berkata pemborong dan peniaga ayam diharap tidak mengambil kesempatan mengaut keuntungan berlebihan dengan menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya.

“Kita berharap kesemua pemborong memohon lesen bagi menjalankan perniagaan borong ayam untuk dijual kepada peruncit.


“Sekiranya tidak mempunyai lesen pemborong, mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Peraturan 15 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Ayam) 1996 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122),” katanya.

Beliau berkata setakat ini, seorang pemborong ayam telah dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan tiada lesen borong ayam daging dan dikenakan denda RM13,000. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori