Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pengimport Didenda RM10,000 Mahkamah...

LABUAN - Seorang pengimport tempatan didenda RM10, 000 oleh Mahkamah Sesyen di sini...

Prestasi Sukan Negara Tidak...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin meminta agar rakyat tidak...

2 Maut, 6 Cedera...

IPOH - Dua maut, enam cedera parah dan tiga cedera ringan dalam kemalangan...

Ahok Tumbang, Anies Bakal...

JAKARTA - Pasangan Anies Baswedan - Sandiaga Uno, dilaporkan bakal memenangi Pemilihan Umum...

Bayi Rentung Dalam Buaian Ketika Rumah Terbakar

SEORANG bayi perempuan yang berusia 11 bulan rentung selepas rumah pekerja yang didiami keluarga mereka terbakar di Kampung Tangkarason, Beluran, Sabah, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.10 malam itu, ibu bapa mangsa, Jiman Alimuddin, 25 dan Adittri Rahman, 24, pula dilaporkan melecur dan kini berada dalam keadaan kritikal di Hospital Pitas.

Menurut seorang sumber, kemalangan dipercayai akibat penggunaan lilin dan pelita memandangkan kawasan tempat tinggal itu sudah terputus bekalan elektrik sejak tiga hari lalu.

“Ketika kejadian, mangsa lelaki berada di rumah rakannya manakala isteri dan bayi mereka berada di rumah.

“Ketika kebakaran berlaku, mangsa sempat pulang ke rumah untuk menyelamatkan isterinya namun dipercayai tertinggal bayi mereka di buaian berikutan keadaan api sudah terlalu marak,” katanya.

Dalam pada itu, pihak bomba memaklumkan, pihaknya menerima panggilan berhubungan insiden itu kira-kira jam 8.45 pagi, semalam.


Difahamkan, pihak bomba melalui jarak sejauh 215 kilometer untuk tiba ke lokasi berkenaan.

Mayat, Ainur dikeluarkan kira-kira jam 2 petang, semalam. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: HMetro

Kategori