Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Video: Budak Terhumban Ketika...

MALANG sememangnya tidak berbau. Seorang kanak-kanak lelaki di Kuwait mengalami kecederaan yang serius...

Petani Perlis Rayu PM...

ARAU - Lebih 40,000 petani di negeri ini meminta Perdana Menteri Datuk Seri...

Ibu Yang Nazak Tulis...

MENGETAHUI dirinya sedang nazak, seorang ibu telah menulis surat yang menyayat hati kepada...

MKN Nafi PKP Di...

KOTA BHARU - Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan dakwaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)...

Bayi Maut Lemas Akibat Tersembam Dalam Baldi

SEORANG bayi lelaki berusia setahun enam bulan ditemui lemas akibat tersembam ke dalam baldi berisi air di rumahnya di Kampung Bukit Tunggal, Kuala Nerus, Selasa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superitendan Suffian Sulaiman berkata menurut laporan, kejadian itu berlaku ketika semua anggota keluarga termasuk ibu mangsa sedang tidur kerana kepenatan.

“Sebaik bangun dari tidur kira- kira pukul 12 tengah hari, bapa mangsa yang bekerja sebagai pemandu ‘kereta sapu’ sedar anak bongsunya tiada berdekatan dan bergegas mencari di merata tempat termasuk di bilik air.

“Beliau sangat terkejut apabila menemui mangsa berada dalam keadaan kepala tersembam di dalam baldi dan sudah kebiruan sebelum dikejarkan ke klinik kesihatan berdekatan untuk diselamatkan,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Terengganu, Rabu.

Beliau berkata selepas 50 minit menerima rawatan, mangsa akhirnya disahkan meninggal dunia dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.


Dalam perkembangan lain, Suffian berkata IPD Kuala Terengganu merekodkan penurunan kes jenayah kepada 548 kes tahun lepas berbanding 669 pada 2017.

Sepanjang 2018, cawangan narkotik IPD Kuala Terengganu menahan 3,003 pesalah dadah dan menghapuskan 27 sarang dadah termasuk di kawasan nelayan. – BERNAMA

Kategori