Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sayu! Netizen Sebak Dengar...

HUBUNGAN cinta antara dua selebriti, Sufian Suhaimi dan Elfira Loy ternyata terhenti di...

Operasi SAR Cari 6...

YAN - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mencari enam pemancing serta seorang...

Keahlian UMNO Kedah Gugur...

JITRA - Keahlian anggota UMNO Kedah akan digugur serta-merta sekiranya menyertai Parti Pribumi...

Pahang Hidupkan Peluang Ke...

KUANTAN - Pasukan Pahang kembali menghidupkan peluang ke pusingan kedua Piala Konfederasi Bola...

Bayi Maut, Ibu Kritikal Kenderaan Dinaiki Hilang Kawalan

KUANTAN – Seorang bayi berusia setahun tujuh bulan meninggal dunia apabila kenderaan yang dipandu bapanya hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan di jalan pintasan Kuantan, berhampiran Chengal Lempung di sini, pagi ini.

Pemangku Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata mangsa, Muhammad Fateh Mohamad Afendy disahkan meninggal dunia pada pukul 11.30 pagi ini di wad kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Kemalangan yang berlaku pada pukul 10.15 pagi itu turut menyebabkan ibunya, Che Nor Hasanah Che Kamarudian, 29, seorang guru, kritikal manakala suaminya Mohammad Afendy Abdul Aziz, 31, kontraktor dan anak sulung mereka Afifah Huraiyah, 2, cedera.

“Kemalangan berlaku apabila trak pikap yang dipandu Mohammad Afendy dari Pelabuhan Kuantan menghala ke arah Kuantan hilang kawalan dan membrek secara mengejut.

“Kereta Honda di belakangnya cuba mengelak ke kiri jalan namun terlanggar bucu belakang trak itu menyebabkan Ford Ranger itu menaiki pembahagi jalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Vios di arah bertentangan,” katanya di sini, hari ini.

Zainalabidin menambah pemandu Vios, Cheng Shuh Yien, 27, juga berada dalam keadaan kritikal manakala pemandu Honda, Rakidin Mohd Dom, 36, seorang juruteknik tidak mengalami kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, tambah beliau.

Sementara itu, adik kepada Mohamad Afendy, Abdul Muiz, 30, semasa ditemui di bilik mayat HTAA berkata abangnya dalam perjalan untuk pulang ke rumah mereka di Sungai Soi di sini, selepas menyambut hari raya di Terengganu.


“Mereka menyambut raya di rumah kakak ipar di Kuala Berang dan pulang ke rumah kami di Felda Cerul, Kemaman pada raya keempat dan sempat tidur semalam sebelum bertolak pulang (ke Kuantan) pada pukul 9 pagi ini,” katanya.

Abdul Muiz berkata beliau sempat bermain dengan Muhammad Fateh dan menyifatkan kanak-kanak itu tidak meragam apabila didukung hari ini, sedangkan pada kebiasaannya arwah enggan diambil orang lain selain ibu dan ayahnya.

“Selepas mereka keluar, saya sambung tidur. Apabila terjaga saya melihat ada enam panggilan abang yang tidak dijawab. Saya menghubunginya semula. Abang maklumkan dia terbabas dan minta saya datang segera (ke tempat kejadian),”
katanya.

Abdul Muiz berkata beliau bergegas keluar bersama ayah dan tiga rakan dan tiba di kawasan kemalangan pada pukul 11 pagi, namun semua mangsa telah dibawa ke hospital.

“Saya terkejut melihat kereta abang, namun berdoa semuanya selamat. Kami berhenti di kereta itu dan mengambil barang yang ada di dalam kereta sebelum ke hospital,” katanya.

Abdul Muiz juga memaklumkan Muhammad Fateh akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Felda Cerul malam ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori