Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kekanda Sulung Raja Perlis...

KANGAR - Tengku Puteri Utama Datuk Seri DiRaja Sharifah Salwa Tuanku Syed Putra...

Warga Emas 80 Tahun...

RAMAI yang berpendapat anjing adalah teman terbaik manusia. Namun bagi seorang warga emas...

MERS: Tiga Lagi Kematian...

SEOUL - Korea Selatan hari ini melaporkan tiga lagi kematian akibat Sindrom Pernafasan...

Penjawat Awam Perlu Sentiasa...

SUNGAI PETANI - Penjawat awam di negara ini diingatkan agar sentiasa mementingkan integriti...

Bayi Maut Dipatuk Ular Ketika Tidur Di Temerloh

TEMERLOH – Seorang bayi perempuan Orang Asli berusia setahun tiga bulan maut akibat dipatuk seekor ular tedung senduk ketika sedang tidur bersama ibunya di rumah di Kampung Paya Badak, Seberang Temerloh semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zundin Mahmood berkata, dalam kejadian 8.30 pagi itu, Puteri Mia Mazila a/p Ramesh dilaporkan tidur bersama ibunya berusia 34 tahun di ruang depan rumah tanpa nombor.

“Ibu mangsa tersedar sebaik sahaja mendengar anaknya menangis kuat dan melihat ada kesan lebam di kakinya dipercayai akibat dipatuk ular.

“Dalam masa yang sama ia ternampak seekor ular tedung senduk berwarna hitam sedang menjalar keluar dari rumah,” kata Zundin ketika dihubungi di sini.


Ibu mangsa, katanya, segera mengejar untuk menangkap ular berkenaan, tetapi gagal.

Ibu itu berpatah balik ke rumah, dan terkejut bila mendapati bayinya sudah tidak bernyawa.

Kejadian itu kemudian dilaporkan di Balai Polis Temerloh. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori