Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jangan Sekadar Retorik Mengenai...

JAKARTA - Presiden Joko Widodo (Jokowi) mahu isu krisis kemanusiaan Rohingya di Rakhine,...

Hampir 3.5 Juta Penduduk...

KES positif Covid-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan jumlah kumulatif menghampiri 3.5...

Cinta Jarak Jauh Buat...

WALAUPUN tidak selalu berjumpa seperti pasangan lain, namun aktres Ummi Nazeera dan tunangnya,...

HP ‘Ala’ iPhone6, Meizu...

Meizu bakal melancarkan telefon pintar terbaru mereka yang telah diumumkan pada bulan lepas, iaitu...

Bayi Lelaki Usia 6 Bulan Maut Tersedak Susu

TUMPAT – Seorang bayi lelaki berusia enam bulan yang juga anak kepada artis dikir barat popular Kelantan meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu hari ini.

Dalam kejadian pukul 2 petang itu, Muhammad Adam Rayyan Shahrul Nizam dikatakan baru sahaja diberikan susu oleh ibunya Syahima Idayu Akma Mohd Alwi, 26, atau lebih dikenali sebagai Rosalinda di rumahnya di Kampung Tendong, Pasir Mas.

Menurut adik kepada Rosalinda, Syaifful Ashraf Mohd Alwi, 22, kakaknya meninggalkan bayi tersebut tidur di dalam sebuah bilik selepas diberi minum susu.

“Kakak keluar (dari bilik) dan mengemas ruang tamu rumah selepas menyusukan anaknya, namun apabila dia masuk semula ke bilik itu untuk menjenguk anaknya, beliau mendapati muka Muhammad Adam Rayyan sudah berubah menjadi kebiruan,” katanya kepada pemberita di rumah ibunya di Kampung Sungai Pinang di sini.

Beliau berkata anak saudaranya itu dikejarkan ke Klinik Kesihatan Tendong, Pasir Mas tetapi pegawai perubatan mengesahkan bayi berkenaan telah meninggal dunia.

Syaifful Ashraf berkata mayat bayi itu kemudiannya dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pinang malam ini.


Rosalinda yang masih trauma dengan kejadian itu enggan ditemu bual.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Supt Ismail Jusoh mengesahkan kejadian tersebut dan tiada unsur jenayah.

Beliau berkata hasil bedah siasat mendapati bayi itu meninggal dunia akibat sesak nafas kerana tersedak susu. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • bayi

Kategori