Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bangsa Johor: Tun M...

PETALING JAYA - Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Johor (JICCI) menyokong konsep Bangsa...

Anak Durjana Tikam Dan...

AKIBAT perselisihan faham, seorang lelaki sanggup membunuh bapa kandungnya sebelum menikam dirinya sendiri dalam...

Penstrukturan Semula MAB Tunjuk...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan rasa puas...

7 Keutamaan Dalam RMK-12

KUALA LUMPUR - Sebanyak tujuh keutamaan akan diberi perhatian oleh kerajaan dalam Rancangan...

Bayi Lelaki 4 Bulan Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Kuman

MELAKA – Kematian bayi lelaki empat bulan, Yusof Al-Baihakki Zainal Abidin di sini semalam, berpunca daripada jangkitan kuman di paru-paru dan bukan tersedak susu, kata Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Afzanizar Ahmad.

Beliau berkata punca kematian bayi itu diketahui hasil bedah siasat yang dilakukan oleh pihak Hospital Melaka.

“Siasatan polis sehingga kini mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kematian diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR),” katanya kepada pemberita hari di sini hari ini.

Media semalam melaporkan seorang bayi lelaki berusia empat bulan yang juga merupakan anak anggota polis di negeri ini dipercayai meninggal dunia akibat tersedak susu.

Afzanizar berkata pihaknya masih belum dapat merakam percakapan daripada ibu bapa bayi tersebut.

“Mayat bayi terbabit selesai dibedah siasat pada pukul 1.05 pagi dan jenazahnya telah selamat dikebumikan di Kelantan sebelum solat Zuhur tadi,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • bayi

Kategori