Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

PRU Lebih Awal Elak...

PEKAN - Pembubaran Parlimen perlu dilakukan lebih awal bagi membolehkan Pilihan Raya Umum...

Pusat Perubatan Prince Court...

Kuala Lumpur – Selepas peristiwa gempa bumi dahsyat yang berlaku di Turkiye dan...

Penari Patah Hidung Tetap...

Bertenang dan jangan takut, itu adalah pegangan seorang penari. Ekaterina Kondrashina, tetap meneruskan...

Bukan Islam Perlu Terima...

KUALA LUMPUR - Bukan Islam perlu berlapang dada dan memberi peluang kepada undang-undang...

Bayi Diserang Biawak Menunjukkan Tanda Pulih

JOHOR BAHRU – Nur Hidayah Abdul Rahman, bayi berusia lapan bulan yang menjadi mangsa serangan seekor biawak di kuarters sebuah resort di Kampung Tekek, Tioman, Pahang, Selasa lepas, menunjukkan tanda-tanda semakin pulih.

Pegawai Perubatan Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif Hospital Sultanah Aminah (HSA) Dr Low Tzuemn Ling berkata Nur Hidayah yang menerima 150 jahitan akibat cakaran biawak terbabit dijangka dibenarkan pulang ke rumah dalam masa terdekat, tetapi perlu menghadiri rawatan susulan di hospital berkenaan untuk memulihkan parut yang dialaminya.

“Buat masa ini kita sedang lihat proses penyembuhan luka dan dijangkakan jahitan itu akan dibuka seminggu lagi. Setakat ini, keadaan Nur Hidayah stabil cuma kita sedang memantaunya daripada sebarang jangkitan,” kata beliau kepada pemberita di Wad Kanak-Kanak HSA, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau mengiringi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor Asiah Md Ariff yang melawat bayi berkenaan di wad kanak-kanak itu.

Dr Low berkata parut di muka Nur Hidayah kemungkinan sukar hilang, namun, rawatan susulan akan terus diberikan kepada bayi itu bagi meminimumkan kesan parut itu.

Meskipun pihaknya amat terkejut apabila melihat keadaan Nur Hidayah ketika tiba di hospital tempoh hari, beliau telah memastikan segala prosedur rawatan yang dilakukan terhadap bayi itu dilakukan dengan penuh teliti.

Sementara itu, Asiah berkata pihaknya menyediakan seorang pegawai kaunseling untuk membantu ibu bayi itu, Nor Raudah Abdullah, 38, sehingga pulih sepenuhnya  daripada trauma yang dialaminya memandangkan wanita itu masih terbayang-bayang kejadian itu.


“Kita harap kaunseling ini sekurang-kurangnya dapat melegakan keadaan ibu bayi tersebut. Dia kelihatan biasa pada hari ini tetapi kita faham, untuk hilangkan trauma itu bukan perkara yang mudah,” kata beliau yang turut menyampaikan sumbangan kepada ibu bapa bayi itu.

Sementara itu, bapa Nur Hidayah Abdul Rahman Ismail, 38, berkata kelibat biawak yang berkeliaran di sekitar rumah dan resort berkenaan biasa dilihat setiap hari, namun, tidak menyangka haiwan itu bertindak memasuki rumah.

Abdul Rahman yang merupakan pekerja penyelenggaraan di resort tersebut, turut berkata kawasan sekeliling resort itu amat bersih dengan dilengkapi landskap tanaman.

Beliau berkata ketika kejadian berlaku, dia sedang bekerja dan telah dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh pihak majikan.

“Saya rasa macam hendak mati bila dapat tahu perkara itu dan terus bergegas ke Klinik Kesihatan untuk melihat anak saya yang sudah dibawa ke sana. Setiap hari saya nampak biawak berkeliaran di kawasan rumah dan resort tetapi kejadian biawak memasuki rumah memang pertama kali terjadi,” katanya yang tinggal di kuarters resort tersebut sejak setahun lalu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori