Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Datuk Rempuh Gerai, Budak...

TAWAU - Seorang lelaki cedera parah manakala anak lelakinya berusia tiga tahun masih...

Masakan Mak Cik Felda...

SIAPA tidak kenal Chef Wan malah kehadiran selebriti ini nyata memeriahkan Pertandingan Dapur...

Penonton Lumba Haram Boleh...

KUALA TERENGGANU - Polis tidak akanberkompromi dengan penunggang motosikal dan penonton yang berkumpul...

Satu Lagi Kawasan Wabak...

KUCHING – Satu lagi kawasan baru wabak rabies diisytiharkan di Sarawak, menjadikan jumlahnya...

Bayi Dengan 31 Jari Jalani Pembedahan

BEIJING – Seorang bayi berusia enam bulan yang dilahirkan dengan 15 jari tangan dan 16 jari kaki di Ningbo akan menjalani pembedahan untuk membuang jari berlebihan itu.

Secara keseluruhannya, bayi dikenali sebagai Yuanyuan mempunyai 31 jari selain dilahirkan tanpa ibu jari pada tangan dan kakinya, lapor People’s Daily Online.

Semua jarinya tidak simetri, bererti ia perlu dibentuk semula.

Doktor kini dalam proses membuang jari berlebihannya dan membentuk jari yang tinggal dalam pembedahan yang perlu dilakukan dalam tiga peringkat.

Menurut laporan, ibu Yuanyuan juga dilahirkan dengan jari berlebihan, iaitu enam pada setiap tangan serta kaki.

Proses pembedahan dijangka panjang dengan tempoh lama diperlukan untuk pulih.


Disebabkan kos rawatan yang terlalu mahal, hospital berkenaan bermurah hati mengurangkannya untuk keluarga itu.

Yuanyuan dijangka sempat pulih sepenuhnya sebelum dia mula bersekolah.

Ini bukan kes pertama seumpamanya di China. Mei lalu, seorang lagi bayi dinamakan Honghong dilahirkan dengan 15 jari tangan dan 16 pada kakinya. Honghong juga mempunyai dua tapak pada setiap tangan tanpa ibu jari. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori