Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ular Sawa 80kg Jatuh...

JOHOR BAHRU - “Ingatkan batu jatuh, rupanya ular,” kata remaja yang menemukan seekor...

Pelajar 17 Tahun Ditahan...

KOTA BHARU - Polis menahan dua lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun...

Saya Tetap Bersama UMNO...

KUALA LUMPUR - Ketua UMNO Bahagian Silam Datuk Yusof Apdal berkata beliau sama...

Kerajaan Terus Rayu Tambah...

ALOR SETAR - Kerajaan akan terus merayu kepada kerajaan Arab Saudi untuk menambah...

Bayaran Khas Penjawat Awam, Pesara Minggu Pertama 2016

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan mengarahkan semua kementerian supaya membuat pembayaran bagi pemberian khas sebanyak RM500 kepada kira-kira 1.6 juta penjawat awam pada minggu pertama tahun depan.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah berkata pembayaran pada minggu tersebut diharap dapat membantu ibu bapa menyediakan barangan dan bayaran persekolahan anak-anak.

Pada masa yang sama, 700,000 pesara kerajaan juga akan menerima bayaran khas RM250.

“Saya dapati kementerian-kementerian masih lagi boleh berbelanja. Jadi, saya telah maklumkan kepada mereka supaya menyiapkan bayaran gaji tahun ini dan bayaran khas seperti yang diumumkan dalam Bajet 2016,” katanya kepada media di program #MyUberPitch di sini Jumaat.

Ketika membentangkan Bajet 2016 bertemakan ‘Mensejahtera Kehidupan Rakyat’ di Dewan Rakyat pada 23 Oktober lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kedua-dua bayaran tersebut berjumlah hampir RM1 bilion akan dibuat pada Januari 2016.

Baca: Pemberian Khas RM500 Kepada 1.6 Juta Penjawat Awam

Terdahulu, Mohd. Irwan berkata kedudukan kewangan negara masih kukuh meskipun hutang Kerajaan Persekutuan setakat 30 September 2015, berjumlah RM623.3 bilion kerana tidak melebihi 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Beliau berkata setiap tahun kerajaan membuat pinjaman sebanyak RM35 bilion bagi tujuan pembangunan seperti membina sekolah, hospital dan jalan raya termasuk Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo yang akan merancakkan kegiatan ekonomi.


“Pinjaman untuk pembangunan yang kita buat adalah relevan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi, bukan untuk membayar gaji,” katanya, sambil menambah, hutang Kerajaan Persekutuan tersebut adalah termasuk hutang-hutang yang dibuat sejak dahulu lagi dan sedang dibayar.

Mohd. Irwan berkata kerajaan sedang mengurangkan defisit bajet secara perlahan-lahan untuk mencapai bajet seimbang menjelang 2020 dan seterusnya mengurangkan hutang serta bayaran faedah.

“Sekarang defisit bajet adalah 3.2 peratus, bermakna kita masih berhutang dan sebab itu hutang naik sedikit. Walau bagaimanapun negara-negara lain juga mempunyai hutang yang beratus-ratus billion, jumlah ini tidak menghairankan kerana ia hutang bagi sesebuah negara,” katanya.

Pada persidangan Dewan Rakyat pada Khamis, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani berkata daripada RM623.3 bilion, 96.4 peratus atau RM601.1 bilion adalah hutang domestik.

Manakala baki RM22.2 bilion atau 3.6 peratus adalah pinjaman luar pesisir dalam pelbagai denominasi mata wang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori