Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Syor Kerajaan Lanjut Tempoh...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan akan mencadangkan kepada kerajaan agar tempoh pengoperasian Hospital...

Awas Muslihat DAP Singkir...

Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP, Liew Chin Tong menuduh cuma tiga pemimpin UMNO...

Tan Sri Shahrir Abdul...

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad dilantik...

“Jika Sokong ISIS, Tak...

SUSULAN kenyataan berani yang dikeluarkan oleh Presiden Parti Amanah Nasional, Mohamad Sabu yang mengaitkan...

Bayar Bil Tertunggak Segera, Elak Pemotongan Bekalan Air – Syabas

KUALA LUMPUR – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) hari ini mengingatkan pengguna supaya menjelaskan bil air tertunggak dengan segera bagi mengelakkan tindakan pemotongan bekalan air.

Kenyataan Syabas hari ini menyebut bahawa operasi pemotongan bekalan air ke atas pelanggan yang mempunyai akaun tertunggak akan bermula esok di kawasan Petaling, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Sabak Bernam, Sepang, Hulu Langat, Klang, Shah Alam dan Gombak.

Menurut Syabas, notis pemotongan akan dikeluarkan kepada mana-mana pelanggan yang gagal menjelaskan bil air tertunggak manakala caj sebanyak RM35 masing-masing untuk pemotongan dan penyambungan semula bekalan akan dikenakan sekiranya tindakan telah diambil.

Caj berkenaan adalah caj tetap perkhidmatan yang dikenakan Syabas terhadap pengguna seperti diwartakan kerajaan Selangor di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (AIPA 2006).


Pengguna boleh mendapat maklumat lanjut mengenai lokasi serta kemudahan pembayaran bil air dengan melayari laman sesawang www.syabas.com.my atau memuat turun aplikasi telefon pintar mySYABAS secara percuma dari Google Playstore dan Appstore. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori