Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jijik! Pulang Balik Baju...

SEORANG wanita warga Australia dikecam selepas membuat pengakuan mengenai dirinya membeli pakaian dan...

Rindu… Walau ‘Pergi’ Baru...

53 TAHUN terjalinnya ikatan perkahwinan dengan bekas Menteri Besar Kelantan Allahyarham Datuk Nik...

JKKK Pahang Diminta Pantau...

KUALA LIPIS - Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) negeri ini diminta memantau...

Muhyiddin Tegas Tak Bersekongkol...

PETALING JAYA - Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau tidak...

Batalkan Aktiviti Luar Jika Suhu Melebihi 36 Darjah Celsius

KUALA LUMPUR – Atlet negara yang melakukan aktiviti di kawasan luar kecuali sukan akuatik, dinasihatkan membatalkannya jika suhu melebihi 36 darjah celsius bagi meminimumkan risiko strok haba.

Institut Sukan Negara (ISN) dalam kenyataan hari ini menyarankan atlet terbabit supaya melakukan aktiviti sukan di tempat redup atau dalam dewan.

Atlet negara juga disarankan merendahkan intensiti aktiviti sukan selain mengehadkan tempoh bersukan kurang daripada satu jam bagi setiap sesi sekiranya suhu berada antara 31 dan 35 darjah celsius.

“ISN juga turut mengesyorkan kepada persatuan sukan kebangsaan atau penganjur kejohanan, jika boleh untuk menunda sebarang aktiviti fizikal luar bagi memastikan tahap kesihatan atlet dan penonton terjamin andai fenomena El Nino berterusan,” tambah kenyataan itu.

Kenyataan berkenaan turut memaklumkan ISN akan memantau selain memberi kenyataan nasihat dari semasa ke semasa mengenai situasi dan fenomena yang sedang melanda negara ketika ini.


Jabatan Meteorologi sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa negara akan berhadapan dengan cuaca panas dan kering sehingga suku pertama tahun ini yang akan dirasai di seluruh negara.

Fenomena El Nino adalah disebabkan pengurangan jumlah hujan antara 20 dan 60 peratus serta penambahan suhu sekitar 0.5 hingga dua darjah celsius berbanding suhu biasa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori