BASF Peluas Kepakaran Dalam Aplikasi Badan Kenderaan

KUALA LUMPUR – BASF kini memperluas kepakarannya dalam aplikasi bahagian kenderaan bagi membolehkan industri pengeluar kereta mencapai gabungan optimum dalam pengurangan berat, peningkatan akustik yang lebih jelas dan redaman getaran.

Penyelesaian terhadap kesan unik dari segi NVH (bunyi, getaran, kasar) tidak lagi mustahil menerusi gabungan dua plastik khas yang dihasilkan BASF – poliuretana mikro-selular elastomer Cellasto dan gentian kaca bertetulang poliamida Ultramid A3WG10 CR.

“Komponen baharu dan kompleks ini menawarkan inovasi berkekalan yang menyumbang kepada pengurangan karbon dioksida serta tahap keselamatan yang tinggi dan keselesaan maksimum,” kata Ketua Pengurusan Perniagaan Global Cellastro Wolfgang Micklitz menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Bahagian Kenderaan dengan elemen Cellasto dan perumahan Ultramid memiliki berat sekitar 25 peratus lebih tinggi berbanding kombinasi aluminium tetuang yang konvensional dengan getah.

Ia dibangunkan dan dipertingkatkan dengan beberapa siri pembangunan dan ujian menggunakan program simulasi BASF, Ultrasim. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=bGXYnut5PpM