Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

“Mungkin Saya Perlu Dibahasakan”...

NAMA Fikry Ibrahim semakin menjadi perhatian dalam kalangan peminat drama tempatan walaupun pada...

Guru Jalin Hubungan Seks...

SEORANG guru wanita yang telah bertunang, dipenjara selama tiga tahun selepas menjalinkan hubungan...

Pengampunan Najib: Lembaga Pengampunan...

Kuala Lumpur: "Tunggu kenyataan rasmi daripada Lembaga Pengampunan," kata Menteri di Jabatan Perdana...

Jerebu: Sekolah Seluruh Negara...

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah di seluruh negara termasuk Johor yang...

Barisan Kabinet Baharu, Khidmat MPK Masih Diperlukan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan khidmat Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) masih diperlukan kerana mereka mempunyai banyak pengalaman untuk menyelesaikan pelbagai isu penting.

Beliau berkata walaupun kerajaan mempunyai barisan Kabinet penuh tetapi ramai daripada anggotanya ​​​​​​adalah baharu dan tiada berpengalaman untuk menyelesaikan sesuatu isu.

“Saya perlu mengakui Kabinet kami tiada pengalaman dan ramai yang baharu. Saya perlu bekerja dengan cepat dan saya perlukan seseorang yang berpengalaman untuk menyusun sesuatu tugas,.

“Menteri baharu tidak berapa tahu mengenai tanggungjawab dalam setiap kementerian. Mereka masih tercari-cari jalan dan mereka tidak boleh melakukan banyak siasatan,” katanya.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata demikian kepada Bernama, New Straits Times Press (NSTP) dan Utusan Malaysia selepas merasmikan sesi town hall pertama parti berkenaan di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata MPK akan dikekalkan dan diketuai bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin sementara peranan majlis itu akan diperbaharui.

Ditanya mengenai pelantikan Dr Muhammad Abdul Khalid sebagai penasihat ekonominya, Dr Mahathir berkata beliau (Muhammad) tidak berada dalam MPK tetapi sebaliknya ​​​​​​​berperanan sebagai penasihat ekonomi kepada beliau.


“Saya memerlukan analisis berterusan mengenai apa yang berlaku dalam ekonomi negara,” katanya.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) melantik Muhammad sebagai Penasihat Ekonomi kepada Dr Mahathir berkuat kuasa 27 Ogos ini.

Muhammad kini merupakan pengarah urusan dan ketua pakar ekonomi firma DM Analytics Malaysia.

Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat di Institut Penyelidikan Khazanah, Suruhanjaya Sekuriti dan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS). – BERNAMA

Kategori