Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Volkswagen Umum Harga Lebih...

KUALA LUMPUR - Harga bagi semua model Volkswagen, kecuali untuk model diimport sepenuhnya...

Autisme Tidak Halang Aziq...

KUANTAN: Calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK), Muhammad Aziq Asri, membuktikan kekurangan dirinya bukan...

49 Murid SK(2) Taman...

KUALA LUMPUR - Kantin Sekolah Kebangsaan (2) Taman Keramat di sini, diarahkan tutup...

3 Maut, 18 Cedera...

GEMPAR... Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak mengesan tiga mayat lelaki...

Barangan Keperluan Tahun Baharu Cina Cukup

JOHOR BAHRU – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Johor menjamin bekalan barangan keperluan untuk menyambut perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) pada Jumaat ini, mencukupi.

Pegawai Penguatkuasa Kanannya Noreswandi Mohamad berkata setakat ini, pihaknya tiada menerima sebarang aduan berhubung kekurangan bekalan, bagaimanapun pemantauan akan diteruskan hingga 21 Feb ini demi memastikan tiada pengguna terjejas.

Beliau berkata barangan yang sentiasa mendapat permintaan tinggi sewaktu TBC ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur ayam gred A, B dan C, kubis bulat import, bawang putih, ikan bawal putih, udang putih besar, daging perut khinzir dan daging serta lemak khinzir.

“Kita berharap peniaga menggunakan tanda harga berwarna merah jambu yang jelas, mudah dibaca bagi barangan tersebut, selain menggunakan unit pengukuran atau berat yang ditetapkan serta memaparkan harga betul dan tidak mengelirukan,” katanya pada sidang akhbar selepas melakukan pemantauan skim itu di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Persatuan Penggerak Pengguna Johor Abdul Majid Kayat dan Ketua Biro Pemantau Persatuan Penggerak Pengguna Johor Salleh Sadija.


Peniaga yang didapati menjual harga barangan lebih daripada ditetapkan akan dikenakan tindakan tegas iaitu denda hingga RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali, atau dikompaun hingga RM50,000, manakala syarikat pula ia boleh didenda hingga RM500,000 atau dikompaun hingga RM250,000.

Untuk kesalahan gagal meletakkan tanda harga merah jambu pula peniaga boleh didenda hingga RM10,000 atau dikompaun hingga RM5,000, manakala syarikat boleh didenda hingga RM20,000 atau dikompaun hingga RM10,000. – BERNAMA

Kategori