Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Warga AS Lahir Vietnam...

HANOI - Seorang warga Amerika Syarikat berasal dari Vietnam, antara 59 mangsa yang...

54 Tahun Penubuhan, PKNS...

SHAH ALAM - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) terus memberi tumpuan kepada usaha...

JAIM Tahan 3 Pasangan...

MELAKA - Tiga pasangan remaja ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kerana disyaki...

100 Individu Berhimpun Bantah...

IPOH – Kira-kira 100 individu daripada 19 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk masyarakat...

Bapa Tiri Mangsa Dera Direman 7 Hari

BESUT – Bapa tiri seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang meninggal dunia dipercayai didera di Felda Tenang, Hulu Besut, direman tujuh hari bermula hari ini.

Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah mengeluarkan perintah tersebut setelah dipohon oleh pihak polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit ksalahan.

Dalam kejadian awal pagi Rabu, Muhammad Hiril Amsyar Abdul Rahman disahkan meninggal dunia ketika dibawa suspek untuk mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan Hospital Daerah Besut kira-kira jam 3.30 pagi dengan alasan terjatuh daripada motosikal.

Namun, hasil pemeriksaan awal mendapati punca kematian mangsa tidak konsisten dengan keterangan suspek bahawa beliau dan mangsa telah terlibat dalam kemalangan motosikal .


Semalam, pihak polis mendedahkan bahawa laporan forensik mengesan terdapat  kesan koyakan pada usus kecil mangsa. – BERNAMA


 

Kategori