Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hujan Lebat Berterusan Di...

KUALA LUMPUR - Hujan lebat berterusan dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung dan...

Penahanan Sanjeevan Bawah POCA...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati penahanan Pengerusi badan...

Mak Aih, Nilai Koleksi...

AKTRES dan model terkenal Nur Fazura Sharifuddin memang terkenal dengan wataknya sebagai Intan Mastura...

Khazanah: Tiada Perbincangan Untuk...

KUALA LUMPUR - Lembaga pengarah Khazanah Nasional Bhd belum membincangkan tindakan untuk melantik...

Banyak Perlu Dilakukan Untuk Terap Kesedaran Mengenai Asean

KUALA LUMPUR – Walaupun hampir 48 tahun penubuhan ASEAN, banyak lagi perlu dilaksanakan untuk menerapkan secara mendalam kesedaran meluas dalam kalangan warga rantau ini mengenai ASEAN dan aspirasi Komuniti ASEAN.

Pemangku Pengarah Eksekutif Institut Asia-Eropah (AEI) Universiti Malaya (UM) Dr Azmi Mat Akhir berkata penerapan kesedaran meluas tentang ASEAN dan Komuniti ASEAN boleh dicapai menerusi program Sarjana Antarabangsa dalam Kajian ASEAN (IMAS) seperti yang ditawar AEI, sejak 2006.

“Dengan kesedaran mengenai ASEAN, terutamanya menerusi sebuah program akademik rasmi pasca ijazah seperti IMAS, ini secara beransur-ansur dan pastinya membantu ke arah merealisasikan Komuniti ASEAN,” beliau memberitahu Bernama dalam satu wawancara baru-baru ini.

Justeru, graduan yang akan dilahirkan IMAS akan menjadi aset kepada ASEAN, bahkan kepada komuniti dunia kerana mereka lebih sebati dengan kebudayaan dan persekitaran ASEAN, kata Azmi.

“Bahkan, mempromosi pengetahuan tentang rantau Asia Tenggara (dan kemudiannya dikembangkan menjadi kajian mengenai ASEAN) merupakan satu daripada tujuh tujuan dan sasaran penubuhan ASEAN sebagaimana ditetapkan dalam Deklarasi Bangkok (ASEAN) 1967,” katanya.

Azmi berkata UM merupakan universiti pertama di dalam negara ini yang menawarkan kajian mengenai ASEAN sebagai program akademik pasca ijazah.

“Menerusi Jaringan Universiti ASEAN (AUN), selain daripada usaha di peringkat individu, program kajian ASEAN kini ditawarkan di peringkat iajazah pertama oleh banyak universiti di rantau ini menerusi pelbagai modaliti,” katanya.


Ditubuhkan pada Nov 1995, AUN adalah satu badan ASEAN yang ditugaskan mempromosi dan meningkatkan kerjasama serantau ASEAN dalam pendidikan tinggi.

Azmi berkata apabila lebih usaha diambil pada masa akan datang, ini pastinya akan menyumbang ke arah meningkatkan dan mengukuhkan pembinaan Komuniti ASEAN.

Sejak 2006, 80 graduan telah dihasilkan menerusi program IMAS, terdiri daripada 27 warga Malaysia dan 53 penuntut antarabangsa dari rantau ASEAN, Asia, Eropah dan negara-negara lain.

Azmi berkata program IMAS menyasarkan untuk menilai secara kritikal kepentingan ASEAN selaku sebuah pertubuhan serantau dalam bentuk teori, konsep dan perdebatan empirikal daripada disiplin sains sosial.

“Program ini direka untuk pelajar yang mana ijazah dan pengetahuan yang diperoleh akan menjadi permulaan kepada kerjaya di dalam bidang berkaitan serantau dan antarabangsa selain daripada pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan atau sebarang kerjaya yang mana kelebihan pengetahuan berkenaan integrasi rantau ASEAN akan memberikan kelebihan tambah nilai,” katanya.

ASEAN terdiri daripada Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, Brunei, Kemboja, Laos, Myanmar and Vietnam. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • ASEAN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori