Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

‘Naga Hijau’ Muncul Di...

REYKJAVIK - Seorang jurugambar berjaya merakam imej seakan-akan seekor naga gergasi berwarna hijau...

Seorang Lagi Artis Gila...

KECOH di seluruh portal hiburan dan media sosial sebelum ini apabila nama Hairul...

2 Nelayan Ditahan Bersama...

KEPALA BATAS: Polis menahan dua nelayan bersama hampir 21 kilogram (kg) dadah jenis...

Reaksi Isu Visa Khas...

INGAT lagi pasca 11 September 2001? Kejadian dua pesawat komersil merempuh menara Pusat Dagangan Antarabangsa...

Banteras Lesen Niaga Alibaba Di Tawau

TAWAU – Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh meminta Majlis Perbandaran Tawau (MPT) agar bertindak tegas terhadap pemilik lesen niaga yang menyewakan lesen perniagaan mereka di Pasar Besar Tawau dan pasar ikan.

Katanya MPT mempunyai kuasa membatalkan lesen yang ‘dialibabakan’ atau disewa kepada orang lain.

“Saya difahamkan ramai peniaga di kedua-dua pasar berkenaan menyewa lesen dengan kadar tententu dari orang lain,” katanya kepada pemberita di sini selepas mengadakan mesyuarat Jawatankuasa UMNO Kalabakan di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ghapur juga meminta MPT agar mengambil tindakan tegas terhadap pemilik bangunan yang membiarkan bangunan mereka kotor, tidak bercat dan ditumbuhi pokok.

Katanya lampu-lampu di kawasan bandar Tawau juga perlu sentiasa dipastikan berada dalam keadaan baik dan tidak membiarkan sesetengah tempat bergelap.


Mengenai mesyuarat itu, Ghapur yang juga Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, berkata UMNO Kalabakan dan Tawau akan menganjurkan perhimpunan besar-besaran dalam masa yang terdekat bagi menyatakan sokongan kedua-dua bahagian itu kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Pada bulan lepas, saya bersama beberapa Jawatankuasa UMNO Kalabakan telah mengadakan perjumpaan dengan presiden parti mengenai perkara ini,” katanya.

Menurut Ghapur pada dasarnya Presiden Umno itu bersetuju untuk hadir dan Najib sendiri akan menetapkan tarikh selepas berbincang dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, selaku Ketua Perhubungan Umno Sabah. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Lesen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori