Bank Rakyat Sasar Perniagaan Pajak Gadai RM1.15 Bilion

KUALA LUMPUR – Bank Rakyat memaklumkan sebanyak lapan Ar-Rahnu X’change (ARX) bank itu akan beroperasi pada setiap hari Sabtu bermula esok dalam usaha Bank Rakyat mencapai sasaran perniagaan pajak gadai bagi tahun 2016 sebanyak RM1.15 bilion.

Bank Rakyat dalam satu kenyataan media memberitahu, ARX tersebut di cawangan Hulu Kelang, Bandar Baru Sentul, Mergong, Muar, Kota Bharu, Kuantan, Teluk Intan dan Satok.

“Pengoperasian ARX sehingga hari Sabtu ini mendorong Bank Rakyat untuk meluaskan saluran perkhidmatannya.

“Ia bagi memudahkan pelanggan yang bercuti pada hujung minggu untuk mendapatkan perkhidmatan pajak gadai berlandaskan syariah,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut Bank Rakyat, menerusi inisiatif berkenaan, bank itu menyasarkan untuk meningkatkan keseluruhan prestasi kewangannya serta mencapai sasaran perniagaan pajak gadai berkenaan.

“Pelanggan boleh menghubungi talian 1-300-80-5454 atau melayari laman sesawang www.bankrakyat.com.my untuk maklumat lanjut,” kata kenyataan itu. – mynewshub.cc

Loading...