Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Siasat Dakwaan Rasuah RM1...

PETALING JAYA: Seorang Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta...

Waris Mayat Banduan Tidak...

GEORGE TOWN - Penjara Seberang Perai (PSP) mencari anggota keluarga atau waris kepada...

RM80 Juta Bangunkan Bandar...

KOTA BHARU: Kerajaan negeri memperuntukkan RM80 juta dalam usaha mewujudkan pembangunan bandar berkonsepkan...

Wanita Maut Kereta Terbabas...

TANGKAK - Seorang wanita maut selepas kereta Perodua Alza yang dipandunya merempuh sebuah...

Bank Islam & Bernama Anjur Kembara Harta Karun Media

KUALA LUMPUR – Bank Islam Berhad (Bank Islam) akan menganjurkan kembara harta karun untuk pengamal media, Sabtu ini.

Pertandingan melibatkan 160 peserta dan 40 kenderaan itu diadakan dengan kerjasama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

Ketua Pengurusan Strategik Bank Islam Hizamuddin Jamalluddin berkata peserta program akan melalui beberapa destinasi dari ibu kota ke Pulau Pinang.

Beliau berkata program itu, yang dikenali sebagai ‘Bank Islam-Bernama Community Drive 2015’ itu membawa tema ‘Ke Arah Negara Bersih dan Cantik.

“Seiring dengan tema, kita bekerjasama dengan SWCorp Malaysia (Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal) untuk mewujudkan kesedaran mengenai 3R dalam pengurusan sisa pepejal, termasuk kurangkan, guna semula dan kitar semula,” katanya dalam kenyataan, Khamis.


Hizamuddin berkata peserta akan diminta untuk menjawab pelbagai soalan dan melaksanakan aktiviti berkaitan pengurusan sisa selain akan melalui amalan biasa mencari jawapan berdasarkan petunjuk serta melaksanakan tugas mengumpul mata.

Beliau berkata, Johan akan menerima hadiah wang tunai RM4,000, tempat kedua RM3,000 dan RM2,000 untuk tempat ketiga.

“Kembara itu dijadualkan akan dilepaskan di ibu pejabat Bank Islam di sini, pada 7.30 pagi dan akan berakhir di Pulau Pinang,” katanya.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori