Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Amboi.. Suka Hati Je...

KALAU di Malaysia, Aaisyah Dhia Rana umpama seorang selebriti walaupun masih kecil lagi kerana...

Mangsa Simbah Asid: Cukup-Cukuplah...

Seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Kuala Berang, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat...

Perak Sentiasa Tekan Aspek...

IPOH - Kerajaan Perak akan sentiasa memberi penekanan terhadap isu kebersihan di seluruh...

‘Maju Bersama Negaraku’ Bukti...

BEAUFORT - Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Isnin Aliasnih berkata program kemasyarakatan ‘Maju...

Banjir: Kerajaan Selangor Minta Adakan Solat Hajat

KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor meminta penduduk negeri itu melakukan solat hajat selepas solat Jumaat pada 2 Januari 2015 bagi memohon supaya musibah banjir kembali pulih dan kesemua mangsa berada dalam keadaan selamat.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Selangor, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi berkata, solat hajat itu ditujukan untuk negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Johor dan Selangor.

“Satu mesyuarat khas bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah diadakan dan kami telah bersetuju membuat kutipan sumbangan untuk mangsa-mangsa banjir kali ke-2 pada Jumaat ini di masjid-masjid seluruh Selangor.

“Ia sebagai sokongan moral kepada mangsa-mangsa banjir. Kutipan pertama telah dibuat pada 26 Disember lalu dan hasil kutipan sumbangan tersebut akan segera diserahkan kepada negeri terlibat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Ahmad Yunus turut memaklumkan, kerajaan Selangor akan bekerjasama dengan Yayasan Amal Malaysia untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan pasca banjir.

“Kerajaan Selangor telah mengiktiraf Yayasan Amal Malaysia (YAM) sebagai koordinator untuk menyelaras petugas-petugas sukarelawan ke negeri-negeri terlibat,” katanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori