Banjir Di Temerloh Beransur Pulih Petang Ini

KUANTAN – Banjir di Temerloh beransur pulih dengan jumlah mangsa yang dipindahkan berkurangan kepada 37 orang setakat pukul 2 petang ini berbanding 116 orang pagi tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, Zainal Yusoff berkata kebanyakan mangsa dibenarkan pulang secara berperingkat selepas banjir mulai surut.

“Dua pusat pemindahan iaitu di Surau Kampung Penderas dan Dewan Orang Ramai Kampung Pasu telah ditutup, manakala 21 orang daripada empat keluarga lagi di tempatkan ke Surau Sok Mek.

“Enam belas mangsa daripada empat keluarga dari Kampung Asli Sungai Enggang, Kuala Gandah, Lanchang juga masih berada di rumah saudara mara masing-masih berikutan keadaan air yang belum surut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – BERNAMA

Loading...