Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Diharap Pertimbang Kenaikan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan diharap dapat mempertimbangkan cadangan untuk menaikkan tarif khidmat pembetungan...

Bas Ekspres Diwajib Pasang...

BENTONG - Semua bas ekspres di negara ini diwajibkan memasang alat khas penghad...

WOW! Tuah Popular, King...

'TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu?' - peribahasa ini...

Selangor Bakal Lagi Tiada...

ALAHAI... Selepas jutaan rakyat marhaen Selangor menderita akibat ketiadaan bekalan air dirawat sepanjang...

Banjir Di Kuantan Pulih, Mangsa Terus Berkurangan

KUANTAN – Jumlah mangsa banjir di Pahang berkurangan kepada 1,532 orang yang ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga pukul 5 petang ini berbanding 1,646 orang tengah hari tadi.

Menurut portal Infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), banjir di Kuantan kembali pulih dan kesemua 56 mangsa yang dipindahkan di Dewan Orang Ramai Seri Damai (29 orang) serta Dewan Orang Ramai Kampung Pahang (27 orang), telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

“Jumlah mangsa yang dipindahkan di Pekan juga telah berkurangan daripada 1,299 orang tengah hari tadi kepada 1,238 orang petang ini dan mereka ditempatkan di 10 PPS,” menurut portal itu.

Di Rompin pula, jumlah mangsa masih kekal 294 orang ditempatkan di empat PPS iaitu Dewan Serbaguna Kampung Pianggu seramai 37 mangsa, SK Tekek, Tioman (63), Dewan Orang Ramai Leban Chondong (67) dan Balai Raya Setajam (127). – BERNAMA

Kategori