Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Terpaksa Suap Makan Anak...

MANILA - Seorang wanita terpaksa menyuapkan makanan untuk anak lelakinya yang berusia 13...

Persefahaman UMNO-PAS Atas Dasar...

YAN - Persefahaman antara UMNO dan PAS dalam menyatakan solidariti terhadap nasib etnik...

PKR Pecat Zakaria, SPRM...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) mengakui terdapat kekhilafan pihaknya yang mencadangkan...

Jabatan Peguam Negara Hentikan...

PUTRAJAYA - Jabatan Peguam Negara memberhentikan pendakwaan terhadap pensyarah undang-undang Universiti Malaya (UM)...

Banjir Buruk Di Myanmar: Wan Azizah Lahir Rasa Sedih

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meluahkan rasa sedih berhubung kejadian banjir buruk yang melanda Myanmar dan berharap usaha mengesan mangsa, memulih dan membina semula negara itu berjalan lancar.

“Saya merasa sangat sedih dengan bencana yang disebabkan oleh hujan monsun yang lebat itu di Myanmar, mengakibatkan kehilangan nyawa selain tempat tinggal lebih 100,000 rakyatnya.

“Doa saya untuk keluarga mangsa yang terkorban serta kesemua yang terjejas,” katanya menerusi akaun Twitter beliau, malam ini.

Media melaporkan sekurang-kurangnya 25 terkorban dan hampir 120,000 terpaksa meninggalkan rumah masing-masing selepas hujan monsun yang turun mencurah-curah menenggelami kampung-kampung di lapan wilayah serta menyebabkan kejadian tanah runtuh.

Hujan lebat melanda bahagian selatan, timur dan tengah Myanmar sejak minggu lepas, memutuskan perhubungan menerusi lebuh raya, memusnahkan jambatan dan menenggelamkan sebahagian besar daratan.

Pada 2015, negara itu dilanda kejadian banjir paling buruk dalam tempoh sedekad akibat hujan monsun apabila sekitar 100 orang dilaporkan terkorban manakala lebih 330,000 kehilangan tempat tinggal. – BERNAMA

Kategori