Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pemandu Lori Didakwa Cederakan...

KUANTAN – Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini...

Covid-19: Zionis Sengaja Abai...

RAMALLAH - Langkah Israel untuk tidak memberikan vaksin Covid-19 kepada tahanan Palestin dianggap...

6 Nelayan Indonesia Ditahan...

SEMPORNA - Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menahan enam nelayan warga Indonesia kerana...

“Orang Bodoh Pun Berhak...

INI trend media sosial dalam mempromosi keterbukaan perkongsian karektor. Selain orang kacak dan...

Banjir Berlaku Di NS Kerana Sungai Tak Diselenggara

SEREMBAN – Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata banjir kilat yang berlaku baru-baru ini di beberapa kawasan di negeri ini termasuk Lenggeng disebabkan sungai tidak diselenggara.

“Penyelenggaraan sungai ini samalah pentingnya dengan penyelenggaraan jalan raya. Kalau jalan raya kita selenggara lima tahun sekali, itu pun kadang-kadang tidak sampai lima tahun sudah terpaksa diselenggara lagi sebab jalan sudah berlubang-lubang, begitu juga sungai,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya sungai perlu diselenggara supaya laluan air terus lancar, tetapi daripada rekod mendapati banyak sungai di kawasan tersebut sudah lama tidak diselenggara.

“Ini menyebabkan pokok-pokok di tebing sungai tumbang dan tebing runtuh, mengakibatkan mendapan, akhirnya sungai menjadi cetek dan apabila hujan lebat berlaku banjir kilat,” katanya.

Mengenai banjir kilat di Lenggeng Sabtu lepas, Mohamad berkata beliau belum mendapat laporan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).


Dalam kejadian itu, 82 orang daripada 29 buah keluarga di empat kawasan iaitu Sungai Machang Hilir, Kampung Sungai Jai, Kampung Mendom dan Kampung Rawa terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara akibat rumah mereka dinaiki air. – BERNAMA

Kategori