Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penghidap Kanser Payudara Perlukan...

KUCHING - Lebih banyak bekalan coli khas dan payudara tiruan diperlukan oleh wanita...

Letupan Di Pasar Raya...

BANGKOK - Sekurang-kurangnya 30 orang cedera apabila dua bom meletup serentak di sebuah...

PPR Ampar Tenang: Janji...

DENGKIL - Seramai 400 bekas pekerja estet boleh menarik nafas lega setelah janji...

Kisah Lelaki Buta Berjubah...

KISAH ini awalnya dikongsikan seorang netizen yang dikenali sebagai Syafiq Yazid J pada...

Banjir: 3 Sekolah Rendah Ditutup Di Sarawak

MIRI – Seramai 223 murid dari tiga sekolah rendah di Sarawak tidak dapat meneruskan sesi persekolahan pada pagi ini setelah banjir melanda berikutan hujan lebat sejak semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, dua sekolah rendah ditutup terletak di Baram, Miri iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Bong dan SK Kuala Bok manakala sebuah lagi sekolah iaitu SK Kuala Kenyana terletak di Mukah.

“SK Sungai Bong mempunyai 121 murid,13 guru dan tujuh kakitangan pentadbiran manakala SK Kuala Bok terdapat 62 murid,12 guru dan lapan kakitangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

JPBNS berkata SK Kuala Kenyana yang mempunyai 40 murid, 13 guru dan tujuh kakitangan pentadbiran membenarkan murid yang tinggal di asrama balik berikutan paras air semakin naik malam semalam.

“Lima sekolah rendah iaitu SK Sungai Kelabit, SK Sungai Seputi, SK Pengarah Enteri, SK Sungai Anak dan SK Iban Union turut terjejas akibat banjir tetapi masih beroperasi,” katanya. – BERNAMA

Kategori